PAGE-PAGE YANG ADA DI BLOK AKU SALINA :

Friday, September 23, 2011

Kerajaan Akan Teliti Laporan Sebelum Tentukan Nasib Kawasan Penempatan Orang Asli



CAMERON HIGHLANDS: Kerajaan akan meneliti laporan kajian struktur tanah oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Mineral dan Geosains Pahang bagi menentukan sama ada penduduk perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Tanah Rata, perlu dipindahkan ke kawasan lain atau sebaliknya.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata laporan itu dijangka disiapkan dalam tempoh seminggu dua lagi.

Katanya penduduk di kampung berkenaan akan dibenarkan tinggal di kawasan penempatan mereka sekiranya hasil siasatan pihak berkuasa mendapati kawasan itu selamat atau sebaliknya.

Namun, katanya, perlu ada pemulihan struktur tanah termasuk laluan air di cerun bukit di kawasan itu.

"Kerajaan akan mencari penyelesaian terbaik," katanya pemberita semasa melawat mangsa tragedi tanah runtuh yang kini ditempatkan sementara di Dewan Serbaguna Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Brinchang, di sini, Selasa.

Sebelum itu, beliau membuat tinjauan bersama Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli, Datuk Mohd Sani Mistam ke kawasan kejadian.

Dalam kejadian tanah runtuh di perkampungan itu pada Ahad lalu, tiga lelaki dan empat wanita maut. - BERNAMA

Sumber : mStar Online
Tarikh : 10 Ogos 2011

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.