PAGE-PAGE YANG ADA DI BLOK AKU SALINA :

Friday, September 23, 2011

Jakoa selesai bincang isu pemberimilikan tanah Orang Asli



SEREMBAN 16 Ogos - Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) telah selesai membincangkan dengan semua kerajaan negeri berhubung dasar pemberimilikan tanah untuk Orang Asli.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd. Sani Mistam berkata, semua kerajaan negeri dibawa berbincang dan sebahagiannya bersetuju dengan apa yang dituntut oleh masyarakat Orang Asli.

"Selepas ini kita akan membawa perkara ini balik kepada jemaah menteri dan seterusnya kepada Majlis Tanah Negara (MTN) untuk dimuktamadkan.

"Antara perkara yang dituntut mereka ialah dari segi keluasan tanah dan dari segi tempoh, sama ada pajakan 99 tahun atau pun hak milik kekal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Pemantapan Pengurusan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JKKKOA) Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan Melaka di sini, malam tadi.

Mohd. Sani berkata, dalam hubungan ini, ada negeri yang bersetuju dengan pegangan bebas dan ada negeri bersetuju secara pajakan 99 tahun tetapi secara automatik ia diperbaharui. - Bernama

Sumber : Utusan Malaysia
Tarikh : 16 Ogos 2011

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.