PAGE-PAGE YANG ADA DI BLOK AKU SALINA :

Tuesday, October 20, 2009

Sesi Pengenalan Phography with John






Photography







Thursday, September 10, 2009

Orang Asli Perlu buat Perubahan Untuk Maju


Orang Asli perlu bersedia melakukan perubahan jika mahu melihat diri mereka berjaya, maju dan setanding dengan kaum lain di negara ini.


Mereka perlu mengubah tanggapan dalam banyak perkara atau isu yang boleh membawa kemajuan kepada mereka, terutama berkaitan pelajaran anak masing-masing.


Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata masyarakat Orang Asli menikmati pelbagai peluang untuk memajukan diri seperti dikecapi orang lain, tetapi perlu bersedia melakukan perubahan mencapai matlamat diharapkan. "Antara perkara utama perlu mereka beri perhatian bagi mencapai matlamat itu ialah memberi dan memastikan anak mereka mendapat pendidikan terbaik," katanya.


Mohd Shafie berkata, ramai anak Orang Asli kini berjaya menjawat jawatan penting dalam pelbagai sektor kerajaan atau swasta hasil usaha gigih mereka mendapatkan pendidikan sempurna.


Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan ke Perkampungan Orang Asli di Kampung Teluk, Minyak Beku dan Tapak Projek Bencana Alam Sungai Banang, di sini, kelmarin.


Mengenai projek di Sungai Banang itu, katanya, sebanyak 100 rumah bagi penempatan semula Orang Asli Kampung Teluk dijangka dapat disiapkan akhir tahun depan.


Katanya, langkah membina penempatan baru bagi penduduk kampung berkenaan adalah antara usaha diambil kerajaan menyediakan tempat tinggal lebih selesa bagi penduduk terbabit.


"Projek perumahan di Sungai Banang itu, dibangunkan di kawasan paya nipah seluas 14 hektar yang ditebus guna untuk dijadikan kawasan penempatan baru 435 penduduk Kampung Telok.


"Setakat ini, hampir satu hektar kawasan berkenaan sudah ditambak dan keluasan kawasan itu dijangka bertambah secara berperingkat sebelum disusuli kerja pembinaan kediaman tiga bilik," katanya. Katanya, projek pembinaan penempatan baru membabitkan peruntukan RM10 juta itu dijangka siap dalam tempoh dua tahun.


Beliau berkata, jumlah peruntukan diterima daripada kerajaan negeri setakat ini adalah RM3 juta dan berharap Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dapat mencari peruntukan tambahan RM7 juta, bagi memastikan pembinaan rumah itu ddisiapkan mengikut jadual.


Orang Asli Semelai


Suku Semelai merupakan orang asli dari puak Melayu Proto yang terdapat di Negeri Sembilan, Pahang.


Suku Selelai terbahagi kepada dua bahagian yang utama, iaitu:-

Muzik Kaum Semelai

Muzik kaum Semelai diwarisi daripada generasi terdahulu tetapi diubah sedikit muzik dan lagunya mengikut kesesuaian zaman. Terdapat dua instrumen bagi muzik ini iaitu rebana dan gong (gong jantan dan gong betina). Muzik ini dimainkan di balai ketika kenduri-kendara, majlis perkahwinan, berkhatan dan keramaian untuk tujuan berhibur. Muzik akan dimainkan diiringi lagu-lagu yang dinyanyikan dalam bahasa Semelai. Terdapat juga tarian tetapi dilakukan dengan bersyarat dan ada peraturan yang tertentu. Muzik kaum ini juga digunakan untuk tujuan perubatan.


Wednesday, September 9, 2009

Orang Asli Temuan


Suku Temuan Belandas merupakan orang asli dari puak Melayu Proto yang terdapat di Pahang, Selangor Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.


Suku Temuan merupakan suku keempat terbesar di dalam hierarki kaum Orang Asli di mana jumlah mereka adalah seramai kira-kira 10,000 orang di Semenanjung Malaysia. Mereka mengamalkan adat resam yang menyamai orang Melayu.



Contoh Bahasa Orang Asli Suku Kaum Temuan :

  • Saya = Akuk
  • Kau = Ajih/Ong
  • Kamu = Higun
  • Makcik = Inak
  • Pakcik = Mamak
  • Buruk = Barak / Nyap Elok / Nyahat
  • Tak = Nyap
  • Tiada = Hap
  • Arak = Engkem/Aii/Sukuk
  • Mee Jalung = Hokieen Mee
  • Pantim = Daging kera salai

Lagenda Temuan: Mamak dan Inak Bungsuk adalah penyambung zuriat untuk semua kaum Temuan setelah peristiwa "Banjir Besar" beribu-ribu tahun dahulu."Banjir Besar" berlaku kerana pada masa dulu Orang Temuan suka membuat "Celau" iaitu perkara-perkara yang terlarang dan menyebabkan Muyang dan Tuhan murka kepada mereka. Gunung Raja merupakan tempat kelahiran kaum Temuan. Gunung Raja terletak di antara sempadan negeri Selangor dan Pahang. Terdapat Orang Halus yang mendiami Gunung Raja.

Hantu Seburu ( a.k.a Bigfoot ) telah wujud pada Zaman Mamak dan Inak Bungsuk. Hantu Seburu ini adalah sebenarnya orang Asli Temuan yang menuntut salah ilmu iaitu "Ilmu Hitam" yang menyebabkan bentuk fizikalnya berbulu sonsang dan tidak bole memahami dan berkomunikasi dalam bahasa Manusia lagi. Orang Asli Temuan percaya yang bila seseorang terjumpa Hantu Seburu ini, orang itu akan terus demam dan mati sejam kemudian.Mamak Bungsuk pernah berpesan kepada cucu-cicitnya janganlah menuntut ilmu yang akan membawa padah kepada diri sendiri dan juga orang lain.

Orang Asli Temuan juga pandai dalam bidang perubatan tradisional. Ramai juga orang dari bandar yang menggunakan perkhidmatan daripada Orang Asli untuk mengubati penyakit dan juga masalah-masalah mereka. Antara penyakit yang boleh di ubati oleh bomoh Orang Asli Temuan ialah demam panas, cirit-birit, darah beku, penyakit pinggang dan lain-lain lagi.


Ramai juga orang dari bandar yang mengunakan khidmat "Minyak Pengasih" daripada bomoh Orang Asli ."Minyak Pengasih" ini merupakan jualan yang terlaris dan nombor satu dalam perkhidmatan dari bomoh Orang Asli . Kegunaan minyak ini adalah untuk mengembalikan orang yang tersayang kepada pangkuan anda.


Ramai pelanggan yang menggunakan khidmat bomoh Orang Asli Temuan amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Oleh sebab itu tidak hairanlah lagi jikalu ada orang menyatakan bahawa bomoh orang Asli adah berada di kedudukan nombor satu dalam industri perubatan tradisional Malaysia.





Just untuk aku

Blog ni aku buat untuk tunjuk kat korang hasil photo additing aku. Aku masih baru dalam bidang ni.
Hop korang suka. Korang dijemput untuk bagi komen kat blog aku ni.
Blog aku ni lebih kepada blog mengenai bangsa aku iaitu Orang Asli.

Blog ni jugak untuk pelajar Politeknik Muadzam Shah. Politeknik aku lah 2...hek..hek...(",)

Powered by Blogger.