JEMPOL 18 Ogos – Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) akan melahirkan 500 usahawan Orang Asli menjelang 2015 sebagai usaha berterusan kerajaan meningkatkan taraf hidup masyarakat tersebut. Pengarah Bahagian Pembangunan Sosial Ekonomi Jakoa, Wahid Akmal Omar berkata, sehingga kini jabatan itu berjaya melahirkan 200 usahawan di kalangan Orang Asli. Beliau berkata, pembangunan usahawan Orang Asli itu akan dibuat dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Jabatan Pertanian dan Majlis Amanah Rakyat (Mara). “Masyarakat Orang Asli digesa tampil ke depan dan merebut peluang yang disediakan. Mereka boleh menjadi usahawan berjaya terutamanya dalam bidang pertanian. “Tanah yang luas perlu dimanfaatkan dengan aktiviti berfaedah. Jika mereka ada masalah, Jakoa bersedia meminta bantuan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) untuk membantu,” katanya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Mesra Minda di Kampung Orang Asli Langkap Dangi, dekat sini baru-baru ini. Turut hadir Timbalan Pengarah Jakoa Negeri Sembilan dan Melaka, Zaironida Zainal Abdullah serta Pegawai Jakoa daerah, Mohamad Adnan Abdullah. Ujarnya, masyarakat Orang Asli di negara ini tidak pernah diabaikan oleh kerajaan malah mereka sentiasa mendapat perhatian pemimpin negara. “Ini dapat dibuktikan dengan pemberian bantuan untuk sektor pertanian seperti bekalan baja, racun, anak benih dan keperluan asas pertanian,” ujarnya. Sementara itu, Mohamad Adnan berkata, usaha meningkatkan taraf hidup masyarakat Orang Asli sentiasa dilaksanakan secara berterusan. “Selain kemudahan infrastruktur seperti elektrik, bekalan air bersih, kita turut memberi bantuan rumah. “Kita telah mengenal pasti beberapa buah rumah di perkampungan Orang Asli di daerah ini untuk dibaik pulih di bawah pelan tindakan pembinaan rumah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR),” katanya. Menurutnya, sebanyak 21 unit rumah akan dibaiki sementara empat unit akan dibina rumah SPKR dan 15 unit dalam tindakan pembinaan oleh tentera. Katanya, kampung yang terlibat ialah Kampung Langkap Dangi, Jeram Panjang, Batu Peti dan Sungai Klebang. Tarikh : 18 Ogos 2011
PAGE-PAGE YANG ADA DI BLOK AKU SALINA :
Friday, September 23, 2011
500 usahawan Orang Asli
Posted by Aku Salina at 12:43 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Powered by Blogger.
0 comments:
Post a Comment