PAGE-PAGE YANG ADA DI BLOK AKU SALINA :

Monday, February 28, 2011

Bantuan Segera Mangsa Banjir Perkampungan Orang Asli Di Negeri Johor

Ketua pengarah jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Dato' Hj Mohd Sani bin Mistam, mengelurkan kenyataan akan memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di johor.
Maklumat lanjut Klik disini.

Monday, February 14, 2011

JIKA BERMINAT SENI PHOTOGRAPHY

Perkuburan Suku Bateq

Perkuburan suku bateq yang menduduki kawasan kuala tahan dan jerantut diselubungi unsur mistik dan sera berikutan dahan pokok besar menjadi taman khusus untuk si mati. Kaum bateq dipercayai menyemadikan si mati di atas pokok berikutan bimbang terlangkah atau terpijak kubur kerana perbuatan itu boleh menyebabkan nasib malang atau ditimpa penyakit sukar diubati.justeru itu,kaum bateq mendirikan para-para diatas dahan pokok sebagai perkuburan mayat.tetapi sebab utama ialah untuk mengelakkan bau busuk,mereka percaya cara itu membolehkan bau ayat tersebut terbang bebas ke udara dengan mudah. Anggota masyarakat suku bateq yang meninggal dunia akan di mandikan dan di bersihkan sebelum dipakaikan pakaian yang lengkap.kemudian,mayat dibungkus dengan kain batik lepas dan diikat kemas supaya senang diusung ke kawasan perkuburan menggunakan pengusung yang diperbuat daripada buluh cincang. Lebih unik,kebanyakan perkuburan suku bateq terletak jauh dari kawasan penempatan bagi mengelakkan terkena sial mayat.jika tidak dilakukan,mereka percaya hantu simati akan mengikut mereka balik ke rumah,masyarakat bateq tidak memilih pokok khusus namun ia harus besar dan mempunyai dahan yang kuat untuk menampung para mayat.sekiranya tiada pokok besar ,tiga pokok kecil yang berdekatan akan diguna untuk membina para kayu berbentuk tiga segi,mayat akan diletakkan secara mengiring di atas para selepas tiga hari kematiannya,tubuhnya di alas kulit kayu bersama semua harta miliknya. Mayat tersebut disemadikan sedemikian kerana ibu bapa si mati menginginkan pengebumian dilakukan secara tradisi,cua sekarang mereka memilih untuk mengebumikan mayat sejauh yang mungkin dari kawasan kampung.

SEJARAH PENUBUHAN SK BUKIT SEROK

Sekolah ini telah dibina pada tahun 1964. Nama sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Bukit Serok bersempena dengan nama kampung ini. Pada ketika itu, sekolah ini diletakkan dibawah pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Orang Asli ( JHEOA ). Sebelum sekolah ini dibina, murid – murid sekolah ini bersekolah di Kampung Bukit Serok Lama.

Pada peringkat awal, sekolah ini merupakan sebuah sekolah pondok. Ia telah dibina dengan menggunakan dinding kulit kayu dan beratapkan daun nipah. Semasa murid – murid tahun pertama memulakan persekolahan, sekolah ini masih lagi dalam pembinaan. Peralatan asas tidak mencukupi dan tidak lengkap sepenuhnya. Ketika itu, murid – murid hanya duduk di atas bangku kayu yang dibuat oleh penduduk kampung.

Sekolah ini mempunyai enam bilik darjah tanpa sekatan dinding. Pada peringkat awal, cuma terdapat seorang tenaga pengajar iaitu Cikgu Yusof Abdullah. Kemudian beliau telah dibantu oleh dua orang tenaga pengajar yang juga orang tempatan iaitu Cikgu Chupak ( kini Batin Chupak ) dan Cikgu Lolam.

Selepas Cikgu Yusof meletakkan jawatan pada tahun 1968, sekolah ini telah menerima dua orang tenaga pengajar dari JHEOA. Dalam tahun tersebut juga sekolah ini telah mendapat bangunan baru yang diperbuat daripada papan. Sekolah ini telah dibina oleh JHEOA. Pihak jabatan juga membina sebuah bangunan asrama, dewan makan dan dapur. Asrama ini dibina bertujuan untuk menampung murid – murid miskin dan yang tinggal jauh dari sekolah.

Pada tahun 1971, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil alih sebahagian daripada pengurusan sekolah dari JHEOA. Sekolah ini sekali lagi mendapat bangunan baru pada tahun 1989, termasuk sebuah asrama ( Asrama Desa ), dewan makan dan dapur. Selepas itu, pada tahun 1990, sekolah ini diserahkan sepenuhnya kepada Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada tahun 1993, sekolah ini mendapat bangunan dua tingkat pula. Ia mengandungi enam buah bilik darjah dan mula digunakan pada tahun 1995. Pada bulan September 1998, penantian pihak sekolah untuk mendapatkan sebuah kantin akhirnya tercapai jua. Walaubagaimanapun saiz kantin yang ada sekarang kurang selesa dan tidak dapat menampung bilangan murid yang ramai.

Bulan Januari 2002, sekolah telah mendapat dua blok bangunan tambahan dan juga bangunan asrama yang boleh menampung 100 orang penghuni. Bangunan ini telah mula digunakan sepenuhnya pada tahun 2004.

Orang Asli Masih Dipinggirkan



Merujuk laporan mengenai Nong Bin iaitu Tok Batin Kg Paya Mendoi pada 5 Disember 2010. Saya amat kecewa kerana beliau mengatakan kampung ini jauh lebih maju pada hal kemajuan apa yang ada? Jalan raya rosak tapi tidak dibaiki. Orang Asli mahu duit hasil pokok getah untuk tanam semula. Jangan bangga dengan kemudahan asas yang kerajaan beri kera ia kewajipan kerajaan kepada. Saya hairan, kenapa penempatan Orang Asli tidak dirizabkan? Kemerdekaan sudah 53 tahun tetapi Orang Asli apa yang ada? Cuma dipolitikkan saja hendak beri geran sampai terpapar dalam akhbar sehingga menyusahkan masyarakat Orang Asli setempat. Mari kita pandang jauh wahai semua Tok Batin.
- INSAN KG PYA MENDOI AKAR UMBI (di petik dari sinarharian pahang)

Powered by Blogger.