PAGE-PAGE YANG ADA DI BLOK AKU SALINA :

Monday, May 17, 2010

SISIWAZAH ORANG ASLI TAGIH PELUANG UNTUK BERBAKTI?


SINAR HARIAN, 16/05/2010, M/S: N 18

SISIWAZAH ORANG ASLI TAGIH PELUANG UNTUK BERBAKTI?

GOLONGAN siswazah Orang Asli berminat menabur bakti kepada masyarakat di Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) namun ruang untuk mereka mendapat tempat di situ amat sukar sekali.

Presiden Persatuan Siswazah Orang Asli Semenanjung Malaysia (PSOA) Rashid Ka berkata antara rumusan dan resolusi Konvensyen Tanah dan Aktar Orang Asli Peringkat Kebangsaan 2010 yang diadakan pada 6 Mac lalu di Cheras, Kuala Lumpur meminta kerajaan menimbang pemohonan agar jawatan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia dan Pengarah JHEOA negeri diberikan kepada Orang Asli.

Konvensyen yang dihadiri lebih 1,000pemimpin masyarakat Orang Asli itu dirasmikan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan turut dihadiri KSU KKLW serta Ketua Pengarah JHEOA.

Dalam Kovensyen itu juga disarankan sekurang-kurangnya 70 peratus penjawat di Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia hendaklah daripada kalangan masyarakat Orang Asli sendiri.

Juga pengisisanya kelak hendaklah menyeluruh meliputi ssemua peringkat kumpulan jawatan ( pengurusan, profesional dan sokongan ) dan sama ada lantikan secara tetap atau kontrak atau secara pinjaman.

Mengulas kenyataaan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek dalam sebuah akhbar harian 5 Mei lalu, Rashid Ka berkata ramai masyarakat Orang Asli berkelulusan tinggi kecewa dan kini sebilangan besar mereka berkhidmat dengan sektor swasta kerana tidak mendapat peluang untuk berkhidmat dengan sektor kerajaan khususnya di JHEOA sendiri.

Ada dalam kalangan mereka memiliki kelulusan peringkat Phd, sarjana, ijazah sarjana muda dan diploma. Nampaknya sektor swasta lebih bersimpati dan menghargai kepakaran mereka.

Beliau berkata, tahun ini sahaja terdapat 10 hingga 20 ana-anak Orang Asli yang bakal menamatkan pengajian mereka di peringkat ijazah sarjana muda di institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

Ada dalam kalangan mereka kini menghubungi Persatuan Siswazah Orang Asli Semenanjung Malaysia menyatakan minat untuk mendapat tempat berkhidmat di JHEOA.

Menurutnya pengalaman luas kumpulan terpelajar Orang Asli itu jika diberi tempat mengisi jawatan penting di JHEOA akan menjadikan agensi tersebut lebih berkesan dan kerajaan mendapat manfaatbesar daripadanya.

Ini bagi memastikan dasar pembangunan atau matlamat organisasi tersebut benar-benr memenuhi jangkaan dan harapan rakyat (Orang Asli).

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.