PAGE-PAGE YANG ADA DI BLOK AKU SALINA :

Monday, May 17, 2010

KERAJAAN TIDAK ABAI HAK ORANG ASLI


SINAR HARIAN, 17/5/2010, M/S: S 9

KERAJAAN TIDAK ABAI HAK ORANG ASLI

SUNGAI PELIK- Kerajaan tidak pernah menindas mahupun menafikan hak masyarakat Orang Asli seperti mana yang pernah digembar gemburkan Pakatan Rakyat (PR).

Ahli Parlimen Sepang, Datok Seri Ir Mohd Zin Mohamed berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah mempertanggungjawabkan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) sentiasa memastikan masyarakat kaum peribumi itu terbela dan sama diberi perhatian seperti kaum lain di Malaysia.

“JHEOA telah menjadikan kehidupan mereka bertambah baik dan maju dalam segala aspek termasuk infrastruktur di kawasan kampung Orang Asli, inisiatif pendidikan dan pelbagai bantuan lain yang diberikan”, katanya.

Menurutnya, tidak ada beza bagi kerajaan untuk memberikan perkhidmatan kepada semua rakyat di bawah pemerintahannya. Tuduhan Orang Asli ditipu kerajan BN hanyalah dakyah pembangkang untuk mengaburi mata kaum Orang Asli.

Beliau berkata, nasib dan kedudukan Orang Asli juga dimantapkan agar taraf hidup mereka dapat ditingkatkan pada masa akan datang menerusi usaha meningkatkan taraf pendidikan hasil pelbagai insentif dan bantuan pendidikan yang diberikan.

Beliau berkata dimikian selepas hadir bagi sesi ramah mesra bersama masyarakat Orang Asli Kampung Bukit Bangkong di sin kelmarin.

Jika kita lihat di kampong Orang Asli di situ, kampong ini merupakan kampong Orang Asli terbaik di Malaysia.

“Malah mempunyai kemudahan asas yang lengkap termasuk jalan raya, kemudahan bekalan air dan elektrik, balai raya dan sebagainya”, katanya lagi.

Mohd Zin berkata , masyarakat berkenan turut memainkan peranan penting dalam proses pembangunan Negara.

“telah ramai masyarakat Orang Asli yang telah berjaya malah lebih maju jika dibandingkan dengan kaum lain. Ini boleh dijadikan contoh kerana kerajaan sentiasa memberikan perhatian kepada golongan itu”.

“Menurusi perhatian yang diberikan, golongan tersebut boleh berdikari dan berusaha sendiri serta mencari rezeki dengan lebih mudah di samping meningkatkan pendapatan”, katanya.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.