PAGE-PAGE YANG ADA DI BLOK AKU SALINA :
Sunday, May 30, 2010
The new face of the Orang Asli
Posted by Aku Salina at 7:58 PMMonday, May 24, 2010
Kerajaan jamin agihan tanah Orang Asli adil
Posted by Aku Salina at 1:41 PMTEMERLOH 23 Mei - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) memberi jaminan masyarakat Orang Asli akan mendapat agihan tanah secara adil menerusi Dasar Pemberimilikan dan Pembangunan Tanah Orang Asli. Menterinya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, segala pandangan masyarakat Orang Asli berhubung dasar itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tanah Negara dan kerajaan negeri sebelum dibentang di Parlimen. ''Kita perlu membincangkan secara terperinci jumlah keluasan tanah milik Orang Asli dan mungkin dengan penyelarasan itu, keluasan tanah mereka akan mengecil sedikit," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat berkelompok cawangan-cawangan UMNO dalam Bahagian Temerloh di Dewan UMNO bahagian itu di Mentakab, dekat sini hari ini. Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Temerloh, Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin. Beliau mengulas tindakan sekumpulan masyarakat Orang Asli dikenali sebagai Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung yang menghantar memorandum bantahan terhadap Dasar Pemberimilikan dan Pembangunan Tanah Orang Asli di pejabatnya, baru-baru ini. Menerusi dasar itu, kerajaan memperuntukkan kawasan seluas 2.4 hektar tanah untuk aktiviti penanaman, manakala 0.1 hektar bagi tujuan kediaman yang menyebabkan timbulnya reaksi berbeza di kalangan Orang Asli. Mengulas lanjut, Mohd. Shafie menjelaskan, kerajaan sentiasa prihatin keperluan masyarakat Orang Asli tetapi tidak semua keperluan mereka dapat dipenuhi. Sebaliknya, tegas beliau, masyarakat Orang Asli perlu melihat lebih jauh dengan merebut peluang ekonomi di luar kawasan perkampungan mereka. "Mereka seperti juga golongan bumiputera lain, berhak mendapatkan tanah di tempat-tempat lain yang bukan di penempatan mereka sahaja," jelasnya.
Monday, May 17, 2010
KERAJAAN TIDAK ABAI HAK ORANG ASLI
Posted by Aku Salina at 5:43 PMSINAR HARIAN, 17/5/2010, M/S: S 9
KERAJAAN TIDAK ABAI HAK ORANG ASLI
SUNGAI PELIK- Kerajaan tidak pernah menindas mahupun menafikan hak masyarakat Orang Asli seperti mana yang pernah digembar gemburkan Pakatan Rakyat (PR).
Ahli Parlimen Sepang, Datok Seri Ir Mohd Zin Mohamed berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah mempertanggungjawabkan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) sentiasa memastikan masyarakat kaum peribumi itu terbela dan sama diberi perhatian seperti kaum lain di Malaysia.
“JHEOA telah menjadikan kehidupan mereka bertambah baik dan maju dalam segala aspek termasuk infrastruktur di kawasan kampung Orang Asli, inisiatif pendidikan dan pelbagai bantuan lain yang diberikan”, katanya.
Menurutnya, tidak ada beza bagi kerajaan untuk memberikan perkhidmatan kepada semua rakyat di bawah pemerintahannya. Tuduhan Orang Asli ditipu kerajan BN hanyalah dakyah pembangkang untuk mengaburi mata kaum Orang Asli.
Beliau berkata, nasib dan kedudukan Orang Asli juga dimantapkan agar taraf hidup mereka dapat ditingkatkan pada masa akan datang menerusi usaha meningkatkan taraf pendidikan hasil pelbagai insentif dan bantuan pendidikan yang diberikan.
Beliau berkata dimikian selepas hadir bagi sesi ramah mesra bersama masyarakat Orang Asli Kampung Bukit Bangkong di sin kelmarin.
Jika kita lihat di kampong Orang Asli di situ, kampong ini merupakan kampong Orang Asli terbaik di
“Malah mempunyai kemudahan asas yang lengkap termasuk jalan raya, kemudahan bekalan air dan elektrik, balai raya dan sebagainya”, katanya lagi.
Mohd Zin berkata , masyarakat berkenan turut memainkan peranan penting dalam proses pembangunan Negara.
“telah ramai masyarakat Orang Asli yang telah berjaya malah lebih maju jika dibandingkan dengan kaum lain. Ini boleh dijadikan contoh kerana kerajaan sentiasa memberikan perhatian kepada golongan itu”.
“Menurusi perhatian yang diberikan, golongan tersebut boleh berdikari dan berusaha sendiri serta mencari rezeki dengan lebih mudah di samping meningkatkan pendapatan”, katanya.
SISIWAZAH ORANG ASLI TAGIH PELUANG UNTUK BERBAKTI?
Posted by Aku Salina at 4:46 PMSINAR HARIAN, 16/05/2010, M/S: N 18
SISIWAZAH ORANG ASLI TAGIH PELUANG UNTUK BERBAKTI?
GOLONGAN siswazah Orang Asli berminat menabur bakti kepada masyarakat di Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) namun ruang untuk mereka mendapat tempat di situ amat sukar sekali.
Presiden Persatuan Siswazah Orang Asli Semenanjung Malaysia (PSOA) Rashid Ka berkata antara rumusan dan resolusi Konvensyen Tanah dan Aktar Orang Asli Peringkat Kebangsaan 2010 yang diadakan pada 6 Mac lalu di Cheras, Kuala Lumpur meminta kerajaan menimbang pemohonan agar jawatan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia dan Pengarah JHEOA negeri diberikan kepada Orang Asli.
Konvensyen yang dihadiri lebih 1,000pemimpin masyarakat Orang Asli itu dirasmikan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan turut dihadiri KSU KKLW serta Ketua Pengarah JHEOA.
Dalam Kovensyen itu juga disarankan sekurang-kurangnya 70 peratus penjawat di Jabatan Hal Ehwal Orang Asli
Juga pengisisanya kelak hendaklah menyeluruh meliputi ssemua peringkat kumpulan jawatan ( pengurusan, profesional dan sokongan ) dan sama ada lantikan secara tetap atau kontrak atau secara pinjaman.
Mengulas kenyataaan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek dalam sebuah akhbar harian 5 Mei lalu, Rashid Ka berkata ramai masyarakat Orang Asli berkelulusan tinggi kecewa dan kini sebilangan besar mereka berkhidmat dengan sektor swasta kerana tidak mendapat peluang untuk berkhidmat dengan sektor kerajaan khususnya di JHEOA sendiri.
Beliau berkata, tahun ini sahaja terdapat 10 hingga 20 ana-anak Orang Asli yang bakal menamatkan pengajian mereka di peringkat ijazah sarjana muda di institusi pengajian tinggi awam dan swasta.
Menurutnya pengalaman luas kumpulan terpelajar Orang Asli itu jika diberi tempat mengisi jawatan penting di JHEOA akan menjadikan agensi tersebut lebih berkesan dan kerajaan mendapat manfaatbesar daripadanya.
Ini bagi memastikan dasar pembangunan atau matlamat organisasi tersebut benar-benr memenuhi jangkaan dan harapan rakyat (Orang Asli).
Saturday, May 15, 2010
Sultan Perak, DYMM Sultan Azlan Shah perkenan menyampaikan bantuan bakul makanan kepada masyarakat Orang Asli pd Majlis Perasmian Pusat Transit JHEOA
Posted by Aku Salina at 2:25 PMFriday, May 14, 2010
Galeri Seni Kraf Orang Asli
Posted by Aku Salina at 12:17 PMPerlaksanaan Galeri Seni Kraf Orang Asli di bawah rancangan Malaysia ke-8 bertujuan menggerakkan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan segala aspek kehidupan masyarakat Orang Asli serta membantu mengekal dan memelihara warisan Budaya Masyarakat Orang Asli di seluruh Semenanjung Malaysia terutamanya. Peranannya bertumpu kepada aspek-aspek kesenian yang terdapat pada bahan-bahan hasil ciptaan masyarakat Orang Asli. Segala aspek dan bentuk kesenian akan dieksploitasi sepenuhnya bagi menunjukkan keindahan senireka dan ciptaan masyarakat Orang Asli sebagai ciri tamadun dan tradisi mereka disamping melambangkan penyataan imaginasi masyarakat Orang Asli di negara ini. Unsur-unsur seni yang berkaitan dengan motif dan corak yang terdapat pada ukiran kayu, anyaman, perhiasan diri, sumpitan, tabung damak dan sebagainya akan disalin dan dipindahkan pada bentuk fabrik dan bahan-bahan budaya yang lain agar dapat dimiliki oleh orang ramai. Hasil dari pemindahan motif ini ternyata akan dapat mengembangkan ciptaan masyarakat Orang Asli bagi kegunaan semasa dan menggerakkan lagi usaha untuk menghasilkan bahan-bahan kesenian yang ada nilai ekonomi di negara ini. Koleksi-koleksi berkaitan masyarakat Orang Asli ada terdapat di stor simpanan Jabatan Muzium Malaysia. Terdapat juga koleksi yang dipamerkan di Muzium Negara dan Muzium Taiping,Perak. Sebahagian daripada koleksi yang terdapat adalah terdiri daripada senjata, ukiran kayu, seniukir, alat muzik, perhiasan diri, alat-alat pertanian, alat memburu binatang, cara memungut dan menyediakan makanan, pengangkutan, alat pemujaan (Sihir). Koleksi mula dipamerkan di Muzium Negara pada tahun 1963, ianya juga merupakan pameran tetap di balai D - Muzium Negara. Hasil kraftangan masyarakat orang asli seperti: sumpit dan tabung damak, beliung, ukiran patung, raga galas daripada rotan, bakul mengkuang, tikar, kelerai, kampit, ketuk-ketuk buluh dan sebagainya. En. Ahmad Zulkarnain bin AliasKoleksi dan Galeri
Alamat
Pegawai untuk dihubungi