PAGE-PAGE YANG ADA DI BLOK AKU SALINA :

Wednesday, December 29, 2010

JHEOA Teruskan Program Motivasi Tingkat Kecemerlangan Atasi Keciciran

KEJAYAAN menurunkan kadar keciciran dalam kalangan anak Orang Asli perlu dipertingkatkan supaya masyarakat itu terus berdaya saing seiring kaum lain. Menyedari hakikat itu, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), meneruskan program berbentuk motivasi bagi menggalakkan golongan itu meneruskan perjuangan hingga sekolah menengah seterusnya ke menara gading. Ketua Pengarah JHEOA, Dato’ Hj. Mohd Sani Mistam, berkata pihaknya menyasarkan menurunkan kadar berkenaan secara berperingkat.

Beliau berkata, tahun depan pihaknya yakin kadar itu terus turun kepada 26 peratus selepas menurunkan empat peratus tahun ini berbanding 32 peratus tahun lalu. Bagi mencapai hasrat itu, katanya, pelajar Orang Asli perlu diberi bimbingan supaya dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan asrama ketika di sekolah menengah. “Selain JHEOA, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, sekolah dan guru serta ketua masyarakat mesti menyokong agenda pembangunan supaya mereka sedar pentingnya pendidikan. “Kami bangga kerana ramai anak Orang Asli kini sudah berjaya. Tahun ini saja, seramai 210 pelajar lulusan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2009 berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. “Diharapkan kejayaan ini menjadi penanda aras kepada pencapaian masyarakat berkenaan untuk terus maju,” katanya selepas merasmikan dan menutup Program Mesra Didik Pelajar Orang Asli di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), di Kuala Kubu Baru, baru-baru ini. Seramai 450 murid Orang Asli dari lapan negeri menyertai program lima hari empat malam yang dikendalikan fasilitator Institut Integriti Malaysia. Turut serta 81 pelajar Tingkatan Tiga dan Empat MRSM Kuala Kubu Baru, Selangor dan MRSM FELDA Trolak, Perak. Mohd Sani berkata, program masuk tahun kedua itu diharap memberi kesan positif kepada golongan sasar terutama lepasan sekolah rendah untuk meneruskan persekolahan masing-masing. Katanya, pihaknya mendapat kerjasama Kementerian Pelajaran untuk menyiapkan lebih banyak asrama di sekolah menengah. Dua lagi Sekolah Model Khas (Darjah Satu hingga Tingkatan Tiga), akan dibina di Hulu Perak dan Lipis, Pahang. Sementara itu, peserta yang ditemui menyatakan rasa bangga mereka kerana berpeluang menyertai program berkenaan. Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Batu 14, Perak, Joyerish, 12, berkata peserta didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan mereka. “Saya akan berusaha belajar bersungguh-sungguh bagi menjadi insan berjaya supaya dapat membantu ibu bapa dan masyarakat,” katanya. Juliana Aliza Ismail, 12, pelajar SK Tasik Chini, Pekan, Pahang berkata, dia gembira kerana terpilih menyertai program itu walaupun diarahkan berbuat demikian oleh Tok Batin kampung. Anak keenam daripada tujuh beradik itu kini mampu berpandangan lebih jauh dan yakin berhadapan dengan masyarakat. Katanya, dia terus berazam berazam untuk belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai impian melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia. Fasilitator MRSM Felda Trolak, Jumani Izaan Johari, 15, berkata program seperti itu perlu kerap dianjurkan supaya peserta mendapat pendedahan mengenai pentingnya pelajaran dalam usaha mengubah status kehidupan. “Walaupun saya menghadapi kesukaran berkomunikasi, namun selepas lima di sini, tahap keyakinan diri meningkat,” katanya. Rakannya dari MRSM Kuala Kubu Baru, Muhammad Fakhrurrazi Ahmad, 16, program itu memupuk semangatnya untuk terus gigih dalam pelajaran. Katanya, galakan serta bimbingan berterusan menyuntik semangatnya mengubah mentaliti untuk menjadi yang lebih baik dan berjaya dalam hidup.

6,001 Orang Asli terima RM47.8 juta

TEMERLOH: Seramai 6,001 Orang Asli yang terbabit dengan projek Tanam Semula Berkelompok (TSK) di negara ini mendapat durian runtuh apabila menerima bonus dan dividen berjumlah RM47.8 juta.

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), Dato’ Hj. Mohd Sani Mistam, berkata bonus dan dividen sudah dibayar melalui akaun bank setiap peserta mulai Oktober lalu dengan masing-masing menerima bonus RM2,000, manakala dividen pula antara RM400 hingga RM1,000 mengikut kadar pengeluaran hasil ladang mereka. Beliau berkata, pembayaran bonus dan dividen itu berikutan keuntungan diterima JHEOA melalui 125 projek TSK yang diusahakan bersama RISDA dan FELCRA membabitkan kawasan seluas 16,510.13 hektar dengan tanaman getah dan kelapa sawit. “Kita juga berhasrat membuka lebih banyak tanah TSK dengan tanaman komoditi seperti getah dan kelapa sawit untuk diagihkan kepada Orang Asli dalam usaha meningkatkan taraf hidup mereka. “Ini antara cara terbaik untuk membantu mereka mengubah kehidupan supaya tidak hanya bergantung kepada pekerjaan tradisional mencari hasil hutan,” katanya. Mohammad Sani berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyampaian Bonus Tahunan Peserta TSK daerah Maran, Temerloh, Jerantut dan Bera di Dewan Majlis Perbandaran Temerloh, dekat sini. Turut hadir Pengarah JHEOA Pahang, Isa Abdul Hamid dan Ahli Dewan Negara, Senator Muhammad Olian Abdullah. Pada majlis itu, seramai 779 Orang Asli dari empat daerah berkenaan membabitkan 12 kampung termasuk Kampung Ulu Jemol, Paya Taman, Merbau, Embus, Paya Besar, Sungai Leleh, Paya Mengkuang, Paya Sendayan, Pasu, Bongkok, Sungai Tuang dan Sungai Bangkong menerima bonus dan dividen berjumlah RM1.991 juta. Mohammad Sani berkata, pihaknya juga sedang merancang kaedah berkesan, termasuk menggalakkan Orang Asli menubuhkan koperasi untuk menguruskan ladang mereka bagi meningkatkan lagi pengeluaran dan produktiviti, sekali gus meraih keuntungan lebih besar dan merancakkan pertumbuhan ekonomi masyarakat itu. “Setakat ini, ada 10 koperasi diuruskan Orang Asli yang aktif di seluruh negara tetapi belum menunjukkan komitmen dan keupayaan dalam pengurusan ladang. “Justeru, JHEOA akan melatih dan menggalakkan pengurusan koperasi Orang Asli meningkatkan kemahiran termasuk menimba ilmu pengetahuan dalam bidang pembangunan tanah pertanian dan pengurusan kewangan sejajar dengan matlamat meningkatkan taraf hidup mereka,” katanya.

Durian Runtuh - Peserta Ladang Dapat Bonus RM2,000

24 Disember 2010

TEMERLOH: Seramai 6,001 Orang Asli yang terbabit dengan projek Tanam Semula Berkelompok (TSK) di negara ini mendapat durian runtuh apabila menerima bonus dan dividen berjumlah RM47.8 juta.

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), YH Dato’ Haji Mohd Sani Mistam, berkata bonus dan dividen sudah dibayar melalui akaun bank setiap peserta mulai Oktober lalu dengan masing-masing menerima bonus RM2,000, manakala dividen pula antara RM400 hingga RM1,000 mengikut kadar pengeluaran hasil ladang mereka. Beliau berkata, pembayaran bonus dan dividen itu berikutan keuntungan diterima JHEOA melalui 125 projek TSK yang diusahakan bersama RISDA dan FELCRA membabitkan kawasan seluas 16,510.13 hektar dengan tanaman getah dan kelapa sawit.

“Kita juga berhasrat membuka lebih banyak tanah TSK dengan tanaman komoditi seperti getah dan kelapa sawit untuk diagihkan kepada Orang Asli dalam usaha meningkatkan taraf hidup mereka.

“Ini antara cara terbaik untuk membantu mereka mengubah kehidupan supaya tidak hanya bergantung kepada pekerjaan tradisional mencari hasil hutan,” katanya.

Mohammad Sani berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyampaian Bonus Tahunan Peserta TSK daerah Maran, Temerloh, Jerantut dan Bera di Dewan Majlis Perbandaran Temerloh, dekat sini.

Turut hadir Pengarah JHEOA Pahang, Isa Abdul Hamid dan Ahli Dewan Negara, Senator Muhammad Olian Abdullah.

Pada majlis itu, seramai 779 Orang Asli dari empat daerah berkenaan membabitkan 12 kampung termasuk Kampung Ulu Jemol, Paya Taman, Merbau, Embus, Paya Besar, Sungai Leleh, Paya Mengkuang, Paya Sendayan, Pasu, Bongkok, Sungai Tuang dan Sungai Bangkong menerima bonus dan dividen berjumlah RM1.991 juta.

Dato’ Haji Mohd Sani berkata, pihaknya juga sedang merancang kaedah berkesan, termasuk menggalakkan Orang Asli menubuhkan koperasi untuk menguruskan ladang mereka bagi meningkatkan lagi pengeluaran dan produktiviti, sekali gus meraih keuntungan lebih besar dan merancakkan pertumbuhan ekonomi masyarakat itu.

Tuesday, November 16, 2010

“I don’t know if I can really call myself a Malaysian”


Thursday, November 4, 2010

9 jerat warisan Jakun
Oleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.my
2010/06/20


Jerat Cenanggong



Tanpa senapang, kaum Jakun Kampung Peta di Mersing, Johor hanya gunakan kaedah tradisional untuk memerangkap burung hinggalah gajah, mamalia terbesar di darat yang digelar mereka'orang kuat'

BERBANDING masyarakat pribumi di pedalaman Sarawak yang rata-rata memiliki dan menggunakan senapang untuk berburu atau menjaga kebun mereka, lain pula ceritanya bagi masyarakat Orang Asli di Semenanjung yang kebanyakannya masih bergantung kepada kaedah tradisional.

Mereka tidak memiliki senapang untuk menangkap binatang sama ada bagi dijadikan makanan atau mencegah hasil tanaman dirosakkan, terutama pada musim buah-buahan, sebaliknya lebih banyak bergantung kepada kaedah tradisi, iaitu jerat.Setidak-tidaknya itu cara berburu diamalkan kaum Jakun di Kampung Peta, Taman Negara Endau-Rompin, Johor yang masih bergantung harap kepada tradisi nenek moyang, cuma ketika ini kaedah itu tidak begitu dipraktikkan berbanding 50 tahun lalu.

Jika ke perkampungan kecil terletak paling jauh di kawasan Kahang, sempadan daerah Mersing dan Kluang itu, anda pasti tertarik dengan sembilan jenis jerat atau perangkap binatang warisan keturunan kampung berkenaan yang sehingga kini kekal dipulihara.

Setiap perangkap dipasang mengikut musim atau keperluan, misalnya Jerat Gau dipasang khas untuk menangkap monyet terutama ketika buah-buahan sedang masak. Ia diletakkan di atas pokok yang sering menjadi laluan kumpulan monyet.

Jerat Gau menggunakan sebatang kayu panjang bersambung yang dijadikan ‘laluan selamat’ monyet manakala laluan sekitarnya akan ditutup dengan rimbunan daun dan dahan kecil bertujuan memastikan monyet tidak menggunakan laluan lain.
Tidak menggunakan umpan, jerat itu akan memerangkap monyet yang melalui laluan tengah berbentuk seakan-akan kepak rama-rama menghubungkan dua batang kayu laluan utama kerana di situlah jerat rotan dipasang.

Tali jerat akan terjatuh apabila monyet menghulurkan kepala untuk melintasinya kerana tanpa disedari binatang itu sebenarnya sudah pun menyentuh ‘suis’ tali kecil di muka jerat.

Penduduk kampung berkenaan, Awang Kuli, 51, berkata biasanya monyet yang terkena jerat di leher akan terus mati dan jika terkena pada pinggang haiwan itu pula, ia boleh patah disebabkan beban berat kayu penarik jerat.

Katanya, jerat Kumbang Berayun juga digunakan untuk menangkap monyet dan konsepnya seakan-akan sama dengan Jerat Gau, cuma berbeza pada bentuk tali jeratnya yang bulat dan lebih kecil.

“Masyarakat dulu biasanya tinggal jauh di pedalaman, cuma tiga atau empat keluarga dan mudah jadi mangsa serangan harimau, jadi mereka cipta jerat Penjara menggunakan umpan anjing dalam sangkar.

“Harimau cukup tertarik dan marah bila dengar salakan anjing dan sebab itulah anjing dijadikan umpan, tetapi haiwan itu akan selamat daripada harimau kerana berada dalam sangkar kecil yang dipasang dalam sangkar utama,” jelasnya.

Jerat Penjara berbentuk empat segi dibina setinggi lelaki dewasa dan lebarnya boleh memuatkan seekor harimau dewasa berusia puluhan tahun. Ia mempunyai pintu masuk dipasang tali kecil yang akan menjatuhkan pintu perangkap sebaik sasaran masuk dan cuba membaham umpan.

Jika harimau terperangkap, Orang Asli akan membunuhnya beramai ramai menggunakan lembing yang direjam di celah dinding kayu jerat yang mungkin bagi sesetengah orang, cara itu agak kejam.

Bagaimanapun, satu lagi jenis jerat dipanggil Pelantik sebenarnya lebih ganas dan boleh membunuh binatang dengan hanya satu hentakan lembing dipasang padanya. Jika gajah boleh mati terkena tusukan kuat lembing, pasti haiwan kecil lain seperti harimau, babi dan pelanduk lebih mudah untuk dibunuh.

Dalam kata mudah, Pelantik umpama pelancar lembing yang sebenarnya digunakan bagi tujuan kawalan kampung kerana ia kerap dipasang di sekitar kediaman yang sering diancam harimau dan gajah.

Pelantik juga direka untuk membentuk ‘laluan khas’ bagi memastikan binatang terperangkap, tapi binaannya lebih tegap dan banyak menggunakan pokok hidup sebagai tiang pelancar lembing yang diikat tali bagi memastikan binatang terkena tusukan tidak melarikan diri.

Di bahagian depan laluan binatang, Orang Asli akan memasang kayu penahan kukuh bagi memastikan haiwan sasaran terus terperangkap sebaik terkena panahan lembing. Jika tidak dipasang penahan, mungkin haiwan sekadar jatuh dan masih boleh melarikan diri.

“Zaman dulu, kami gunakan buluh tajam sebagai senjata kerana ia lebih bisa daripada lembing. Binatang juga biasanya tidak mengesyaki buluh itu adalah perangkap berbanding jika kita guna senjata daripada besi,” katanya.

Jerat untuk menangkap tikus dan tupai pula lebih ringkas, hanya memerlukan sebatang rotan yang bertindak sebagai joran untuk menarik jerat. Ia digelar Cenangong dan menggunakan umpan seperti jagung dan ubi yang dipasang pada laluan haiwan kecil itu.

Sebaik tupai menarik umpan, tali kecil terlepas daripada penahan kecil lalu membidas dan menjerat. Namun, jika tali jerat terkena pada kaki atau ekor tupai, haiwan itu biasanya akan menggigit tali rotan hingga putus dan kerana itu, kini Orang Asli menggantikannya dengan tali dawai.

Saturday, October 30, 2010

Mr. PM, We are not Sakai!

Orang Asli: Mr PM, we are not “Sakai”!!!



Philip Ho

Klik4M.com Tuesday, 26 October 2010

The Network of Orang Asli Villages Malaysia (JKOAM) voiced their displeasure at the continued oppression and the exploitation of Orang Asli in a press conference in Kuala Lumpur yesterday. JKOAM representative Amani Williams-Hunt Abdullah, or better known as Bah Tony, and also Tijah Yok Chopil told reporters that the Orang Asli wished to clarify some of the misleading information that was made public by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak during his 2011 Budget speech.


What happened to the allowances?

JKOAM refuted Najib's claims that the federal government had increased the allowances of Tok Batins (village heads) and also the Chairman of the Orang Asli Village Development and Village Security (JKKK) from RM450 previously to RM800 per month this year.


"Batin Kelipit Tinggit from Kampung Dong has been a Tok Batin for 19 years. He has never received a single cent as allowance from the Barisan Nasional (BN) government. Where did his money go? Tijah asked, questioning the accuracy of Najib's statement. Based on Najib's announcement or calculation, Batin Kelipit would have been entitled to RM5,400 per year and would have received RM 97,200 for the past 18 years and with the new amount stated by the Prime Minister, he would have also received at least RM7,200 for the past nine months of 2010.


"Some Tok Batins did receive allowances but they were in the region of RM200 per month. On top of that, the government only paid once every three months. Some didn't get it at all, so what happened to the money (RM4,600 balance)? Tijah told reporters, adding that the reporters could check with the 20 Tok Batins who were present today to find out whether they had received any allowances. The 20 odd Tok Batins who had gathered today were from Orang Asli villages in Selangor, Negeri Sembilan, Perak and Pahang. "Even the JKKK Chairman never received any allowances. Again, what happened to the money? Where did Najib get his information from?


Stop taking away our land!

JKOAM then slammed Najib for further trampling on the rights of the Orang Asli when the latter announced that the Department of Orang Asli Affairs (JHEOA) would be given a RM100 million allocation to carry out modernization plans for Orang Asli, including giving land to the Orang Asli. "We own the land. Who are they (BN government) to take away what is rightfully ours and then 'give' it back to us as if they are doing us a favour? Where is the logic in that?


"They take away huge chunks of land, give the prime land to developers and give us back small patches of land. Is there any justice in that? asked Tijah. Bah Tony then revealed that the federal government had yet to respond to the Orang Asli's memorandum dated March 17, where more than 1,000 Orang Asli, marched to Putrajaya to protest the exploitation. "By ignoring the memorandum, Najib is effectively ignoring the voice of the Orang Asli, who are also Malaysians. This shows that Najib does not respect the civil rights of the Orang Asli, does not respect their rights as Malaysians and does not respect them as the indigenous people of the land," he said. Klik4Malaysia (K4M) had earlier written an article about the origins of the Orang Asli. It was recorded in history that the earliest Orang Asli had been living in the peninsular since 8,000 B.C, way before Parameswara (1344-1414) founded Melaka.


Bah Tony also pointed out that the Orang Asli relocation plan and also the commercial replanting project were in fact, the real reason why Orang Asli still live in poverty."They (BN) take away the land without proper compensation and then relocate them to a place where they can not survive."This shows that the ideas, plans and development projects for the Orang Asli have failed miserably and destroyed the Orang Asli's way of life," he said.


Yusri Ahon, a JKOAM activist from Kampung Sungai Mai, Pahang told K4M that the state government also wanted to implement TSK in his village about three years ago. "They wanted to take away our forest and also our palm oil estates, rubber estates, durian orchards and langsat orchards. "They also didn't give us the food allocations that were promised. We never received the rice, oil, sugar, salt and biscuits that was supposed to be delivered to us," he said. However, he claimed that the Orang Asli in Johor were treated better compared to other states."Some of them were given up to 8 acres of land and they also received food supplies. I don't know, why? he asked. Yusri lamented that the Orang Asli in Pahang would sometimes only get 2 to 3 acres in return after losing tens of acres to the state government and that sometimes when the state government do compensate on the monthly product sales, the Orang Asli were not paid in full. "My friend Hamin from Kampung Penderas has a 3 acre palm oil estate. After working very hard, he gets an average of 3 to 5 tons of palm oil to be sold in the market. Each ton fetches RM600 so he earns at least RM1,800 per month. "Compare that to what the state government is paying the Orang Asli whose estates and orchards were taken away, which amounts to about RM200 to RM400 a month. How are the Orang Asli going to survive? he added. JKOAM also questioned the reason for upgrading the JHEOA from the current department status to become the Orang Asli Development Body (BKOA) as the Orang Asli see the latter as their main source of problems."JHEOA often ignores and sometimes even cooperate with agencies like RISDA, FELCRA and also the police in oppressing and exploiting the Orang Asli, just like what happened in Kampung Buluh Nipis, Bandar Muadzam Shah, Pahang. "Why is the federal government blind to the Orang Asli's sufferings and have now given JHEOA more authority to rule over the Orang Asli? The Orang Asli is an independent community. They don't need other people to rule over them and dictate what they can and cannot do," Bah Tony (above) said.


Missing Orang Asli development funds

Disregarding the RM100mil allocation for 2011, JKOAM questioned the whereabouts of the missing development funds for previous years that was given by the government to JHEOA, meant for social, economic and infrastructure development of the villages. "Hundreds of Orang Asli villages now still do not have clean (and treated) water supply nor do they have electricity after 53 years of independence. There are also no proper infrastructure like paved roads or bridges or even schools," Tijah said. K4M spoke to a villager, Menah Man, from Kampung Dong, Kota Bahagia, Pahang, regarding the challenges faced by her village people. "We still don't have proper water supply till now. Although there is a water tank, the water pressure is so low that we can only draw water once every two weeks. At the end of the day, we still have to walk very far just to fetch water for daily use. "There is also no paved roads and we all have to take a 10km muddy and slippery hike to the nearest town in Kota Bahagia. Worse of all, the school children have to cross a 70 feet wide river in a small sampan followed by a 6km hike just to go to school everyday. Some of the children wade across the river. It is so dangerous," Menah said. She added that they have requested numerous times from their state government over the past 5 years to build a bridge so that the primary schoolchildren can cross the river safely. "There are about 20 primary schoolchildren now and then there are also about 30 children between 2 and 6 years old. We really need the bridge so there will be no accidental drowning in the future. "We nearly had a case of drowning 2 years ago. A boy was swept by the strong current but was rescued as someone saw him. He was really lucky," she added. When asked how do they cope without electricity all these years, she told K4M that they have been using at least 4 to 5 oil lamps just to light up their house at night."One litre of oil costs around RM3 to RM4 now and it only lasts us 2 nights."Calculations show that each home uses an average of RM60 per month just for lighting.Panjang Tangkak from Kampung Mikang also slammed the prime minister for his empty promises of subsidies for the poor Orang Asli and also the missing rice allocations for the Orang Asli villages."Najib promised this and that but until now, nothing has been done," he said, adding that the prime minister is all talk."If you want to see Orang Asli begging, you should all visit Kampung Tun Razak. The government took away their land and now they are sleeping by the sidewalk and under the bridge, so I don't know what the government is talking about when they said there are funds allocated for the Orang Asli," Tijah said.


Najib called us slaves

JKOAM then slammed Najib for referring to the Orang Asli as 'Sakai', a slang that meant 'slaves' when he addressed the UMNO delegates during the recent UMNO general assembly, and quoted an old poem saying, "Sakai...are also Malays." "As a Prime Minister who promotes 1Malaysia, why is he calling the Orang Asli slaves? Secondly, Orang Asli are not Malays. Our ancestors were here long before the Malays set foot on the peninsular," said Tijah. Bah Tony said: "As the PM, he should have known better. If the Malays, Chinese, Indians and other races feel insulted when racist remarks are uttered, it is obvious that the Orang Asli will feel even worse for being called a slave." "Genetic tests have also proven that the Orang Asli genes are unique and are not related in anyway to the Malays." JKOAM then demanded that the federal government stop impinging on the rights of the Orang Asli, show audited documentation of all RPS and TSK projects, conduct a public inquiry into the missing allowances and funds, gazette the Orang Asli land as promised, instead of taking it away from them, discuss any proposed amendments Aboriginal Peoples Act 1954 and most importantly, setup a Royal Commission to investigate the grouses of the Orang Asli. "We call upon the prime minister to honour Article 8 (5) (c) in the Constitution where the government must respect the rights of its citizens to ensure equality and harmony," Bah Tony said.


Orang Asli Minta PM dan Kerajaan Memberhentikan Kepuraannya


KENYATAAN MEDIA

OLEH JARINGAN KAMPUNG ORANG ASLI SEMENANJUNG

Salam sejahtera.

Kami ingin merujuk kepada kenyataan PM dalam pembentangan Belanjawan 2011 berkenaan dengan perkara di dalam perenggan 93 dan 96 berhubung peruntukan bagi OA dan juga berkenaan kenyataan PM semasa perhimpunan UMNO di PWTC yang menghiris hati masyarakat OA:


1. Kenaikan elaun Tok Batin/Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Orang Asli sebanyak RM800 sebulan berbanding RM450 sebulan sebelum ini.

Sesungguhnya kami menegaskan bahawa kenyataan PM dalam perkara ini adalahamat bercanggah daripada kebenarannya. Tok-tok Batin atau Ketua Kampung OA selama ini cuma mendapat elaun sebanyak RM200 saja sebulan dan diberikan dalam tempoh setahun atau 3 bulan sekali. Mengikut sumber yang diperolehi dari Batin-batin, ada masanya tempoh pembayaran elaun tersebut ditunda kepada beberapa bulan berikutnya tanpa sebarang sebab yang jelas. Jika benar bahawa elaun yang sepatutnya diberikan itu berjumlah RM450.00 sebulan sedangkan Tok-tok Batin cuma menerima RM200 sebulan, persoalan yang timbul ialah kemanakah perginya perbezaan baki RM250 itu?.

Kenyataan mengatakan pembayaran elaun kepada Pengerusi JKKK OA sebanyak RM450 setiap bulan adalah juga tidak pernah wujud. Bagaimana PM mengatakan Pengerusi JKK ada terima bayaran sebanyak itu dan sekarang nak dinaikan ke RM800 pula? Jika benar ada peruntukan sebelum ini dan Pengerusi JKKK tidak menerimanya kemanakah duit-duit tersebut telah pergi dan bagaimanakah ianya digunakan?


2. Sejumlah RM100 juta diperuntukan bagi melaksanakan pelbagai program termasuk menyelesaikan isu pegangan hakmilik tanah dan persempadanan penempatan OA serta perlaksanaan model baru pembangunan OA. Selaras dengan itu, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli akan disusun semula dan diperkukuhkan dengan memberi nafas baru sebagai Jabatan Kemajuan Orang Asli.

Berkenaan perkara ini, PM nampaknya langsung tidak mengendahkan apa yang kami suarakan dalam memorandum bantahan Orang Asli terhadap Dasar Pemberimilikan dan Pembangunan Tanah Orang Asli yang kami hantar kepada beliau pada 17 Mac 2010 yang lepas di Putrajaya.

Tindakan PM ini jelas menunjukan bahawa beliau lansung tidak menghormati hak asasi OA sebagai manusia, rakyat Malaysia dan sebagai Orang Asal di negara ini untuk menentu dan memutuskan apakah corak kehidupan, pengiktirafan dan pembangunan yang kami mahukan.

Belanjawan yang diluluskan oleh Kerajaan tersebut bukanlah 'durian runtuh' untuk kami tetapi ia adalah bala yang akan menyebabkan kami kehilangan wilayah adat kami lantaran itu adat budaya, jatidiri, sejarah, lagenda dan kehidupan kami sebagai satu komuniti yang unik.

Meskipun Kerajaan telah memperuntukan berjuta-juta Ringgit untuk pembangunan OA di mana JHEOA telah diamanahkan untuk melaksanakanya, namun sehingga saat ini masih banyak kampung Orang Asli yang tidak mempunyai sebarang kemudahan asas, sehinggakan masih terdapat beratus-ratus kampung Orang Asli yang tidak mempunyai bekalan air yang bersih. Malah OA terpaksa berjalan berbatu-batu untuk dapatkan air minuman yang bersih. Begitu juga, masih banyak kampung OA yang masih tidak mempunyai bekalan letrik dan jalan tar.

Pada hakikatnya, projek-projek pembangunan yang diberi kepada OA selama ini seperti RPS, TSK dan sebagainya hanya memburukan lagi masalah kemiskinan OA serta menyebabkan kemudaratan dalam kehidupan mereka. Disamping itu, mereka juga diselubungi kebimbangan, hilang punca sehingga saling menyalahkan dan bergaduh sesama sendiri. Kes-kes seperti yang dialami oleh OA di Kampung Buluh Nipis, RPS Pos Betau dan Bukit Lanjan atau nama glamournya Damansara Perdana menunjukan bahawa ide, perancangan dan perlaksanaan pembangunan yang Kerajaan perkenalkan kepada OA bukan sahaja gagal tetapi membawa kemusnahan kepada OA.


3. Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) kepada Badan Kemajuan Orang Asli (BKOA)

Kami tidak faham kenapa Kerajaan masih tidak nampak atau sengaja buat-buat tidak nampak bahawa selama ini OA hidup dengan cukup harmoni di dalam wilayah Tanah Adat kami masing-masing. Makan minun kami dan sakit pening kami, kami sendiri yang usahakan untuk selesaikannya. Dari sudut mana pula Kerajaan lihat bahawa semua kejayaan yang kami dapat/capai sekarang ini diberi oleh JHEOA sehinggakan Kerajaan nak iktiraf dan naikkan status JHEOA sebagai badan kemajuan OA. Dari pengalaman kebanyakan OA selama ini, JHEOA adalah satu badan yang menyusahkan OA dan mempermudahkan pengambilan wilayah Tanah Adat OA. JHEOA juga berperanan sebagai badan yang menipu dan menindas OA samada semasa wilayah Tanah Adat kami dicerobohi atau semasa perlaksanaan projek pembangunan untuk OA. JHEOA sering membiarkan dan bersekongkol untuk membiarkan agensi-agensi seperti RISDA, FELCRA dan Polis menindas dan menipu OA sebagaimana yang berlaku di Buluh Nipis Muadzam Shah. Apakah BKOA akan mengamalkan polisi yang sama berhubung dengan wilayah adat OA? Inikah yang PM kata sebagai Badan Kemajuan Orang Asli?..


4. Kenyataan PM: "Sakai, Jakun juga dalam Melayu"

Kami menggangap penegasan PM sempena perhimpunan Umno bahawa Sakai, Jakun juga dalam Melayu adalah satu penghinaan dan sikap tidak ada rasa hormat dan perihatin kepada OA. Pengunaan istilah-istilah tersebut amat mengguris hati seluruh Masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Jika kaum-kaum lain begitu mudah merasa tersinggung dan marah apabila ada sebarang kenyataan yang berkaitan kaum digunakan, begitu juga OA. Kami juga ada perasaan dan kami tidak suka dengan pengunaan istilah-istilah tersebut sebagai rujukan kepada OA. Sebagai Perdana Menteri yang melaung-laungkan konsep 1 Malaysia, adalah tidak wajar bagi beliau mengungkapkan istilah-istilah yang menyentuh sensitiviti sesuatu kaum meskipun ianya hanya sekadar kutipan baris-baris sajak atau puisi. Kami menegaskan bahawa tindakan ini adalah tindakan yang tidak wajar dan kurang sensitif.


Tuntutan kami sekarang:

Kami menuntut Kerajaan memberhentikan kepuraannya dan kembalikan apa yang menjadi hak kami OA. Beri kami senarai terperinci bagaimana peruntukan berjuta-juta untuk kemudahan-kemudahan asas digunakan dan senarai kampung-kampung yang telah mendapat kemudahan-kemudahan tersebut.

1. Kembalikan projek TSK kepada penduduk kampung dan tunjukan maklumat pengurusan jualan, untung rugi yang terperinci kepada penduduk kampung terlibat sepanjang ianya dikelola oleh pihak-pihak yang terbabit.

2. Kami menyeru kepada Kerajaan agar satu siasatan awam yang telus dan bebas dijalankan untuk menentukan samada terdapat apa-apa penyelewangan berhubung dengan tuntutan-tuntutan 1 dan 2 di atas dan elaun Tok Batin dan Pengerusi JKKK Orang Asli.

3. Biar kami tentukan sendiri jenis pembangunan yang kami mahu.

4. Wilayah Tanah Adat kami adalah nyawa dan hidup kami bukan hanya ekonomi semata-mata. Maka pengiktirafan mengikut tuntutan kami hendaklah menjadi fokus Kerajaan sekarang.

5. Kami perlu dihormati dan dihargai. Kami bukan perlu simpati kerana kami bukan peminta sedekah. Kami telah mempunyai wilayah adat, budaya, adat resam, sejarah, sumber semulajadi, pentadbiran wilayah n comuniti yg teratur, seimbang dan harmoni dan kami juga ada kemahiran dan kerajinan. Cuma kami menuntut semuanya yang dirampas dari kami dikembalikan.

6. Tunjukkan kepada kami draf sah dasar tersebut sebelum dibentang dan diluluskan oleh parlimen. Kami berhak tahu dan berunding mengenai isi kandungan dasar tersebut secara terperinci kerana ianya membabitkan Hak asasi kami dan masa depan kami.

7. Kami tidak mahu dasar yang diwar-warkan ini akan menjadi seperti rang Undang2 Perhilitan 2010 baru-baru ini dimana Kerajaan dan Paerlimen sewenangnya memutuskan apa yang boleh dan tidak boleh dimakan oleh OA tanpa sebarang perbincangan dengan OA.

8. Bagi kesemua tujuan ini, kami menyeru agar Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan untuk menyiasat dengan terperinci semua perkara berhubung dengan hal-ehwal dan masalah OA.

Tuntutan diatas dalah termaktub dalam perkara 8 (5) (c) Perlembagan Persekutuan iaitu hak-hak kami harus dihormati sebagaimana pemerintah menghormati hak seluruh rakyat Malaysia demi mencapai kesamarataan dan kesejahteraan di negara kita yang dicintai.

Terima kasih.


Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung

25 Oktober 2010

Thursday, October 21, 2010

Usul bahas Perkara 153 untuk Orang Asli ditolak lagi


Malaysia Kini



Sunday, October 10, 2010

Orang Asli Utamakan Kebersihan


Berita- Utusan Malaysia



GERIK - Sering kali tanggapan masyarakat terhadap Orang Asli ialah golongan ini kurang menitikberatkan soal-soal kebersihan.

Namun, tanggapan itu akan meleset apabila mereka melawat rancangan penempatan semula (RPS) Air Banun Kampung Semelor di sini.

Sesiapa yang berkunjung ke kampung itu pasti terpegun melihat kebersihan dan kehijauan rumput yang ditanam di sekeliling rumah.

Melihat 'kesempurnaan' tersebut, maka tidak hairanlah RPS Air Banun Kampung Semelor pernah menjadi juara contoh kampung paling bersih di Perak selama dua tahun berturut-turut iaitu pada 2005 dan 2006.

Ketua Kampung Semelor, Samat Jerangon, 50, ketika ditemui berkata, nasihatnya kepada 28 keluarga yang menghuni kampung tersebut selama ini tentang pentingnya menjaga kebersihan akhirnya membuahkan hasil.

"Menjaga kebersihan penting bukan sahaja untuk tambah keindahan kampung tetapi tujuannya bagi mengelakkan penduduk daripada terkena pelbagai jenis penyakit," katanya di sini, baru-baru ini.

Kata Samat, dia amat bersyukur kerana penduduk kampung itu memberikan kerjasama penuh dan sudi mendengar nasihat yang diberikan.

"Melalui kebersihan juga mendidik seseorang lebih berdisiplin," katanya sambil tersenyum bangga dengan pencapaian kampung tersebut.

Menurut Samat, hakikatnya, dia tidak pernah terfikir untuk bertanding mahu pun memenangi sebarang hadiah pertandingan kampung terbersih yang diadakan setiap tahun di Perak.

"Saya sebenarnya memegang prinsip mencegah lebih baik daripada mengubati dan tidak pernah terfikir untuk menunjuk-nunjuk bahawa kampung saya ini bersih, apatah lagi untuk bertanding.

"Tujuan saya supaya dapat menghindarkan penduduk kampung daripada terkena penyakit memandangkan hospital yang ada terletak begitu jauh malah memakan masa berjam-jam lamanya untuk sampai ke sana," kata beliau.

Tentang rancangan pada masa akan datang, kata Samat, dia bercadang untuk menggalakkan penduduk kampung tersebut menanam pelbagai jenis pokok bunga selain pokok herba di halaman rumah masing-masing.

"Saya harap impian saya ini akan menjadi kenyataan satu hari nanti," katanya.

Dalam pada itu, seorang penduduk kampung, Bayan Ahmad, 21, memberitahu, sejak diminta bergotong-royong menjaga kebersihan, dia mendapati gejala penyakit seperti malaria, taun dan sebagainya berjaya dikurangkan.

Seorang lagi penduduk, Badul Beklek, 25, pula menjelaskan, sikap ketua kampung yang tegas dalam mengamalkan kebersihan wajar dipuji kerana ia memberikan kesan yang baik.

Wednesday, June 23, 2010

Malaysian Books of Records






Ketua pengarah JHEOA Dato' Hj Mohd Sani Bin Mistam bergambar di hadapan ambong (bakul) yang di iktiraf terbesar di Malaysian Books of Records (MBR) Pada program ramah mesra bersama masyarakat Orang Asli Kg. Paya Lebar, Selangor.










Monday, June 21, 2010

Orang Asli

The name "Orang Asli" means "original people" or "first people". They all live on the Peninsular of Malaysia. Nowadays there about 60.000 Orang Asli people, of which 60% still live in the rain forest. About 40% Orang Asli live along or near the coast. Each has its own language and culture, and perceives itself as different from the others. Linguistically, some of the northern Orang Asli groups speak languages, that suggest a historical link with the indigenous peoples in Burma, Thailand and Indo-China.

They are classified into three groups:
- Senoi
- Orang Malayu Asli
- Negrito

As I said, there's a lot of difference between those groups. The name "Negrito" suggest, that these people come from Papua New Guinea or East Africa. They also have dark-skinned and frizzy-hair. Other groups of the Orang Asli are more light-skinned and have straight hair.
The Negrito's live in the North and North East of the Peninsular and mostly they live in the jungle. They are the semi-nomadic tribes of the Orang Asli. Only a few of them also live in urban areas and are engaged in both waged and salaried jobs.
It is thought that the Negrito's arrived in Malaya 8,000 years ago. Their forefathers were also hunters and gatherers who lived in caves and rock shelters. They knew the use of fire and cooked their food with the aid of crude instruments made from stone. They hunt for food and gather fruits as well as forest products for medical use.

Many Senoi live in the Cameron Highlands. They just look like a real Malaysians, although the dark ones look like Negrito's. Originally they must have come from the hills in Vietnam, Cambodia or Northern Thailand, about 6000 - 8000 years ago
In the highlands the Senoi live as wage-earners, working on the highland tea estates. Others you can see in the streets of Kuala Lumpur in jeans and a T-shirt. They have obtained jobs as varied as government employees and taxi drivers
When you have left the highway you'll see a sign with "Orang Asli" village on it.

The Orang Asli ( mostly Negrito),who live in the jungle, hunt with blowpipes for birds and little monkeys. The blowpipe is made from bamboo. The mouth piece is made from damar, a resin obtained from the dipterocarp trees. Darts are made from the split leaf-stalks of Arenga palm cone is made of light weight pitch and the tip is coated with a lethal preparation made from the sap of the lpol tree (Antiaris toxicaria) and carried in a carefully closed bamboo tube. As for the windage, a soft fluffy "wool' is made from as kind of bark. Blowpipe is deadly accurate within 20 meters.

Fear of the spirits of dead ancestors and hunted animals is very strong amongst them, and it is an unwritten law that all animals caught, in the forest should suffer no pain.
The Orang Asli live in small tribes in the jungle. The tribe we visited had about 10 houses. They were made from leaves (te roof) and the floor was made of wood. They didn't live far from the river. They always remain living in a place, untill something happens, like a death or severe illness. Then they move to another place. The chief, every tribe has one, decides whether they will move. Building a house takes about two or three hours.

The government built for the tribe we visited long wooden houses. They lived a few days in it and then they decided to move back into the jungle. They never returned to their government houses.
You can read the site of our visit at: Taman Negara.

Negrito Senoi Malayu Asli



Kintaq
Lanok
Kensiu
Jahai
Mendriq
Bateq
Temiar
Semai
Mah Meri
Che Wong
Ja Hut
Semoq Beri
Orang Selatar
Jakum
Orang Kuala
Orang Kanaq
Temuan
Semelai

The Orang Asli Of Malaysia

Friday, June 18, 2010

Apa nak jadi

Aku dapat benda ni dalam facebook budak ni pon dah tutup akaun dia... alahai macam mana negara nak maju kalau pemikiran rakyat masih sempit... menyedihkan

CUBAAN MENCIPTA NAMA DALAM MALAYSIA BOOK OF RECORDS UNTUK MEMBUAT "AMBONG" (BAKUL) TERBESAR OLEH PENDUDUK KAMPUNG ORANG ASLI PAYA LEBAR, HULU LANGAT

Thursday, June 17, 2010

Ke arah negara maju

Berita Harian

Ke arah negara maju

Oleh Kamarulzaidi Kamis

kamarulzaidi@bharian.com.my


2010/06/11


RMKe-10 realisasi transformasi negara: Najib

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM230 bilion diperuntukkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) bermula tahun depan hingga 2015 - satu tempoh yang disifatkan Datuk Seri Najib Razak sebagai amat kritikal bagi meneruskan kesinambungan prakarsa nasional ke arah merealisasikan Wawasan 2020 menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi.

Bertemakan Rancangan Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial, Perdana Menteri berkata, RMKe-10 akan memberi tumpuan terhadap program kemahiran dan aktiviti penyelidikan dan pembangunan serta modal teroka untuk memupuk tahap inovasi negara yang lebih memberangsangkan.

Sehubungan itu, RM92 bilion atau 40 peratus daripada peruntukan RMKe-10 disalurkan bagi infrastruktur bukan fizikal, meningkat hampir sekali ganda berbanding 21.8 peratus dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9).

Dari segi sektor pula, 55 peratus diperuntukkan untuk sektor ekonomi, sosial (30 peratus), keselamatan (10 peratus) dan pentadbiran am (lima peratus).

Membentangkan RMKe-10 di Dewan Rakyat, semalam, Najib berkata, rancangan lima tahun kali ini dirangka dengan pelbagai pendekatan baru dalam perjalanan menuju ekonomi berpendapatan dan berproduktiviti tinggi sesuai dengan Model Baru Ekonomi (MBE) yang diperkenalkan, 30 Mac lalu.

“Untuk berjaya, rakyat perlu berani berfikir di luar dari kotak pena’kulan lazim. Sehubungan itu, sekalipun kerajaan menjadikan detik lalu sebagai panduan dan sempadan, kita tidak boleh terperangkap dengan ‘sindrom penjara sejarah’ supaya tidak menyebabkan berlakunya paralisis dari segi tindakan yang dirancang dan ingin dilaksanakan.
“Suka atau tidak, negara kini berada di persimpangan antara masa depan yang gemilang atau masa depan yang suram. Pilihan kini terletak di tangan setiap rakyat Malaysia. Hari ini ibarat kita berada pada pusingan akhir lumba larian berganti-ganti dengan baton sudah berada di tangan, hanya menanti tekad untuk menggapai kejuaraan,” katanya sambil menegaskan agenda pembangunan Bumiputera juga akan terus diberi penekanan selaras konsep pertumbuhan dengan pengagihan.

Perdana Menteri berkata, menerusi RMKe-10 yang menggariskan lima teras strategik, kerajaan menyasar untuk meningkatkan pendapatan negara kasar per kapita kepada RM38,850 atau AS$12,140 bagi setiap isi rumah pada 2015 dan ini memerlukan pertumbuhan purata ekonomi pada kadar enam peratus setahun.

Pelaburan swasta pula disasar berkembang pada kadar 12.8 peratus atau RM115 bilion setahun, manakala defisit fiskal dikurangkan daripada 5.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini kepada kurang daripada tiga peratus pada 2015.

“Selain itu, kerajaan akan berusaha tanpa jemu memastikan bahawa taraf serta kualiti hidup rakyat bertambah baik, terutama bagi golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah,” katanya.

Najib menjelaskan sasaran pertumbuhan enam peratus setahun akan diterajui oleh sektor perkhidmatan dan pembuatan, di samping menggiatkan semula sektor pertanian yang bernilai tambah tinggi serta penyerapan kaedah ICT, bioteknologi serta pelantar teknologi yang berkaitan.

Bagi peruntukan pembangunan pula, Perdana Menteri berkata, pelaksanaan program dan projek secara rolling plan akan diperkenalkan dalam RMKe-10.

“Melalui pendekatan ini, peruntukan peruntukan program dan projek pembangunan akan dibuat untuk setiap dua tahun bermula 2011-2012. Pendekatan ini membolehkan komitmen dibuat berdasarkan keupayaan kewangan semasa kerajaan dan memberi fleksibiliti kepada kerajaan untuk mengambil kira keutamaan baru sesuai dengan perubahan persekitaran ekonomi domestik atau global,” katanya.

Beliau berkata, senarai terperinci program bagi rolling plan pertama akan dikeluarkan pada akhir Ogos ini.

Dalam ucapan satu jam 40 minit, Perdana Menteri turut mengajak rakyat tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik bersama-sama kerajaan mencipta sebuah Malaysia yang lebih baik dengan semuanya mempunyai rasa kepunyaan dan semua bakat dihargai serta digunakan sebaik-baiknya.

Dengan merujuk semangat Piala Dunia yang bermula hari ini, Najib yang diketahui sebagai penyokong Manchester United, berkata kejayaan untuk merealisasikan sebuah negara maju dengan rakyat berpendapatan tinggi boleh diibarat seperti sebuah pasukan bola sepak yang berjaya.

“Bagi sebuah pasukan bola, untuk berjaya, semua pemain tanpa mengira posisi perlu bekerjasama serta bermain sebagai satu pasukan. Bagaimana hebat pun pemain secara individu, namun mereka hanya akan menggondol kemenangan sebenar secara berpasukan,” katanya.

“Maka yang demikian, untuk berjaya, kita perlu bekerja sebagai pasukan 1Malaysia yang seia, sekata, sebaris, sederap dengan satu wawasan, satu matlamat dengan satu citra, mempersembahkan yang terbaik kepada Malaysia dengan segala kudrat yang termampu,” katanya.

Powered by Blogger.