PAGE-PAGE YANG ADA DI BLOK AKU SALINA :
Monday, February 20, 2012
Semelai Communities at Tasek Bera
Posted by Aku Salina at 10:25 AM..:::: Klik disini untuk beli ::::..
Terima kasih kepada Budak Jahat Azarizan atas perkongsian maklumat anda
^_^
Saturday, February 18, 2012
Gembira dapat rumah baru
Posted by Aku Salina at 1:17 PMOleh MOHAMMAD DZULHISHAM CHE HASSIM
utusanmelaka@utusan.com.my
ALOR GAJAH 29 Jan. - Tiada yang lebih menggembirakan bagi sembilan
keluarga Orang Asli di Kampung Bukit Payung, di sini apabila rumah usang
yang didiami mereka sebelum ini berubah wajah dan menjadi lebih selesa
dalam tempoh yang singkat iaitu 104 hari sahaja melalui Program Bantuan
Rumah (PBR).
Orang Asli dari suku kaum Temuan ini juga bukan sahaja dapat menikmati
rumah tiga bilik, malah turut dilengkapi dengan bekalan elektrik dan
air.
Seorang penduduk, Tipah Bata, 39, berterima kasih kepada kerajaan,
khususnya Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Jabatan
Kemajuan Orang Asli (JAKOA) serta pelaksana projek berkenaan iaitu
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana memberi perhatian terhadap
kebajikan Orang Asli.
"Terima kasih banyak-banyak kepada agensi terlibat terutamanya kepada
ATM yang bertungkus-lumus membina rumah saya ini, besar, selesa dan
lengkap dengan kemudahan asas," katanya kepada Utusan Malaysia ketika
ditemui selepas majlis penyerahan kunci rumah PBR di Kampung Bukit
Payung, Taboh Naning, di sini, semalam.
Bujen Sulak, 71, pula menganggap pemberian rumah PBR ini menunjukkan
keprihatinan kerajaan terhadap masyarakat Orang Asli dan juga
membuktikan bahawa mereka juga mempunyai hak untuk menikmati kesenangan
dan kemudahan seperti kaum-kaum lain.
"Ini menunjukkan masyarakat Orang Asli tidak pernah disisihkan dan
kerajaan sentiasa memberikan perhatian terhadap kebajikan Orang Asli
terutamanya dari segi kualiti hidup, pendidikan dan kesihatan," katanya.
Sementara itu, Chaching Sulak, 61, berkata, dengan adanya rumah PBR itu,
dapat memberikan keselesaan kepada anak-anak untuk belajar dan
mengulangkaji pelajaran.
"Saya begitu terharu apabila dipilih sebagai salah seorang penerima
rumah PBR dan lepas ini anak-anak dapat belajar dengan sempurna dan
kehidupan kami sekeluarga juga bertambah selesa," katanya.
Sumber : Utusan Malaysia Online
Tarikh : 29 Januari 2012
Tarikh : 29 Januari 2012
Ladang kayu gaharu, rotan untuk Orang Asli Kelantan
Posted by Aku Salina at 1:16 PM
GUA MUSANG 24 Jan. - Lebih 7,000 penduduk Orang Asli khususnya di
sekitar Gua Musang akan menerima pendapatan lumayan apabila terbabit
dengan projek ladang kayu gaharu dan rotan tidak lama lagi.
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, setiap mereka
akan diberi saham dalam projek itu menerusi penubuhan koperasi.
"Walaupun projek itu masih dalam cadangan, tetapi kerajaan sedang proses
untuk meluluskan peruntukan untuk dilaksanakan di kawasan yang sudah
dikenal pasti sesuai untuk tujuan berkenaan.
"Masalah tanah tidak timbul kerana saya sudah berbincang dengan
kepimpinan kerajaan negeri dan sedia meluluskan mengikut keluasan yang
dipohon,” katanya pada majlis Mesra Bersama Penduduk Orang Asli di Dewan
Jubli Perak di Kuala Betis, di sini, hari ini.
Hadir sama pada majlis itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri,
Mat Yusoff Ab. Ghani; ADUN Galas, Ab Aziz Yusof dan Pengarah Jabatan
Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Kelantan dan Terengganu, Faridah Mat.
Sumber : Utusan Malaysia Online
Tarikh : 24 Januari 2012
Tarikh : 24 Januari 2012
Friday, February 10, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)
Powered by Blogger.