PAGE-PAGE YANG ADA DI BLOK AKU SALINA :

Wednesday, June 23, 2010

Malaysian Books of Records






Ketua pengarah JHEOA Dato' Hj Mohd Sani Bin Mistam bergambar di hadapan ambong (bakul) yang di iktiraf terbesar di Malaysian Books of Records (MBR) Pada program ramah mesra bersama masyarakat Orang Asli Kg. Paya Lebar, Selangor.










Monday, June 21, 2010

Orang Asli

The name "Orang Asli" means "original people" or "first people". They all live on the Peninsular of Malaysia. Nowadays there about 60.000 Orang Asli people, of which 60% still live in the rain forest. About 40% Orang Asli live along or near the coast. Each has its own language and culture, and perceives itself as different from the others. Linguistically, some of the northern Orang Asli groups speak languages, that suggest a historical link with the indigenous peoples in Burma, Thailand and Indo-China.

They are classified into three groups:
- Senoi
- Orang Malayu Asli
- Negrito

As I said, there's a lot of difference between those groups. The name "Negrito" suggest, that these people come from Papua New Guinea or East Africa. They also have dark-skinned and frizzy-hair. Other groups of the Orang Asli are more light-skinned and have straight hair.
The Negrito's live in the North and North East of the Peninsular and mostly they live in the jungle. They are the semi-nomadic tribes of the Orang Asli. Only a few of them also live in urban areas and are engaged in both waged and salaried jobs.
It is thought that the Negrito's arrived in Malaya 8,000 years ago. Their forefathers were also hunters and gatherers who lived in caves and rock shelters. They knew the use of fire and cooked their food with the aid of crude instruments made from stone. They hunt for food and gather fruits as well as forest products for medical use.

Many Senoi live in the Cameron Highlands. They just look like a real Malaysians, although the dark ones look like Negrito's. Originally they must have come from the hills in Vietnam, Cambodia or Northern Thailand, about 6000 - 8000 years ago
In the highlands the Senoi live as wage-earners, working on the highland tea estates. Others you can see in the streets of Kuala Lumpur in jeans and a T-shirt. They have obtained jobs as varied as government employees and taxi drivers
When you have left the highway you'll see a sign with "Orang Asli" village on it.

The Orang Asli ( mostly Negrito),who live in the jungle, hunt with blowpipes for birds and little monkeys. The blowpipe is made from bamboo. The mouth piece is made from damar, a resin obtained from the dipterocarp trees. Darts are made from the split leaf-stalks of Arenga palm cone is made of light weight pitch and the tip is coated with a lethal preparation made from the sap of the lpol tree (Antiaris toxicaria) and carried in a carefully closed bamboo tube. As for the windage, a soft fluffy "wool' is made from as kind of bark. Blowpipe is deadly accurate within 20 meters.

Fear of the spirits of dead ancestors and hunted animals is very strong amongst them, and it is an unwritten law that all animals caught, in the forest should suffer no pain.
The Orang Asli live in small tribes in the jungle. The tribe we visited had about 10 houses. They were made from leaves (te roof) and the floor was made of wood. They didn't live far from the river. They always remain living in a place, untill something happens, like a death or severe illness. Then they move to another place. The chief, every tribe has one, decides whether they will move. Building a house takes about two or three hours.

The government built for the tribe we visited long wooden houses. They lived a few days in it and then they decided to move back into the jungle. They never returned to their government houses.
You can read the site of our visit at: Taman Negara.

Negrito Senoi Malayu Asli



Kintaq
Lanok
Kensiu
Jahai
Mendriq
Bateq
Temiar
Semai
Mah Meri
Che Wong
Ja Hut
Semoq Beri
Orang Selatar
Jakum
Orang Kuala
Orang Kanaq
Temuan
Semelai

The Orang Asli Of Malaysia

Friday, June 18, 2010

Apa nak jadi

Aku dapat benda ni dalam facebook budak ni pon dah tutup akaun dia... alahai macam mana negara nak maju kalau pemikiran rakyat masih sempit... menyedihkan

CUBAAN MENCIPTA NAMA DALAM MALAYSIA BOOK OF RECORDS UNTUK MEMBUAT "AMBONG" (BAKUL) TERBESAR OLEH PENDUDUK KAMPUNG ORANG ASLI PAYA LEBAR, HULU LANGAT

Thursday, June 17, 2010

Ke arah negara maju

Berita Harian

Ke arah negara maju

Oleh Kamarulzaidi Kamis

kamarulzaidi@bharian.com.my


2010/06/11


RMKe-10 realisasi transformasi negara: Najib

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM230 bilion diperuntukkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) bermula tahun depan hingga 2015 - satu tempoh yang disifatkan Datuk Seri Najib Razak sebagai amat kritikal bagi meneruskan kesinambungan prakarsa nasional ke arah merealisasikan Wawasan 2020 menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi.

Bertemakan Rancangan Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial, Perdana Menteri berkata, RMKe-10 akan memberi tumpuan terhadap program kemahiran dan aktiviti penyelidikan dan pembangunan serta modal teroka untuk memupuk tahap inovasi negara yang lebih memberangsangkan.

Sehubungan itu, RM92 bilion atau 40 peratus daripada peruntukan RMKe-10 disalurkan bagi infrastruktur bukan fizikal, meningkat hampir sekali ganda berbanding 21.8 peratus dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9).

Dari segi sektor pula, 55 peratus diperuntukkan untuk sektor ekonomi, sosial (30 peratus), keselamatan (10 peratus) dan pentadbiran am (lima peratus).

Membentangkan RMKe-10 di Dewan Rakyat, semalam, Najib berkata, rancangan lima tahun kali ini dirangka dengan pelbagai pendekatan baru dalam perjalanan menuju ekonomi berpendapatan dan berproduktiviti tinggi sesuai dengan Model Baru Ekonomi (MBE) yang diperkenalkan, 30 Mac lalu.

“Untuk berjaya, rakyat perlu berani berfikir di luar dari kotak pena’kulan lazim. Sehubungan itu, sekalipun kerajaan menjadikan detik lalu sebagai panduan dan sempadan, kita tidak boleh terperangkap dengan ‘sindrom penjara sejarah’ supaya tidak menyebabkan berlakunya paralisis dari segi tindakan yang dirancang dan ingin dilaksanakan.
“Suka atau tidak, negara kini berada di persimpangan antara masa depan yang gemilang atau masa depan yang suram. Pilihan kini terletak di tangan setiap rakyat Malaysia. Hari ini ibarat kita berada pada pusingan akhir lumba larian berganti-ganti dengan baton sudah berada di tangan, hanya menanti tekad untuk menggapai kejuaraan,” katanya sambil menegaskan agenda pembangunan Bumiputera juga akan terus diberi penekanan selaras konsep pertumbuhan dengan pengagihan.

Perdana Menteri berkata, menerusi RMKe-10 yang menggariskan lima teras strategik, kerajaan menyasar untuk meningkatkan pendapatan negara kasar per kapita kepada RM38,850 atau AS$12,140 bagi setiap isi rumah pada 2015 dan ini memerlukan pertumbuhan purata ekonomi pada kadar enam peratus setahun.

Pelaburan swasta pula disasar berkembang pada kadar 12.8 peratus atau RM115 bilion setahun, manakala defisit fiskal dikurangkan daripada 5.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini kepada kurang daripada tiga peratus pada 2015.

“Selain itu, kerajaan akan berusaha tanpa jemu memastikan bahawa taraf serta kualiti hidup rakyat bertambah baik, terutama bagi golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah,” katanya.

Najib menjelaskan sasaran pertumbuhan enam peratus setahun akan diterajui oleh sektor perkhidmatan dan pembuatan, di samping menggiatkan semula sektor pertanian yang bernilai tambah tinggi serta penyerapan kaedah ICT, bioteknologi serta pelantar teknologi yang berkaitan.

Bagi peruntukan pembangunan pula, Perdana Menteri berkata, pelaksanaan program dan projek secara rolling plan akan diperkenalkan dalam RMKe-10.

“Melalui pendekatan ini, peruntukan peruntukan program dan projek pembangunan akan dibuat untuk setiap dua tahun bermula 2011-2012. Pendekatan ini membolehkan komitmen dibuat berdasarkan keupayaan kewangan semasa kerajaan dan memberi fleksibiliti kepada kerajaan untuk mengambil kira keutamaan baru sesuai dengan perubahan persekitaran ekonomi domestik atau global,” katanya.

Beliau berkata, senarai terperinci program bagi rolling plan pertama akan dikeluarkan pada akhir Ogos ini.

Dalam ucapan satu jam 40 minit, Perdana Menteri turut mengajak rakyat tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik bersama-sama kerajaan mencipta sebuah Malaysia yang lebih baik dengan semuanya mempunyai rasa kepunyaan dan semua bakat dihargai serta digunakan sebaik-baiknya.

Dengan merujuk semangat Piala Dunia yang bermula hari ini, Najib yang diketahui sebagai penyokong Manchester United, berkata kejayaan untuk merealisasikan sebuah negara maju dengan rakyat berpendapatan tinggi boleh diibarat seperti sebuah pasukan bola sepak yang berjaya.

“Bagi sebuah pasukan bola, untuk berjaya, semua pemain tanpa mengira posisi perlu bekerjasama serta bermain sebagai satu pasukan. Bagaimana hebat pun pemain secara individu, namun mereka hanya akan menggondol kemenangan sebenar secara berpasukan,” katanya.

“Maka yang demikian, untuk berjaya, kita perlu bekerja sebagai pasukan 1Malaysia yang seia, sekata, sebaris, sederap dengan satu wawasan, satu matlamat dengan satu citra, mempersembahkan yang terbaik kepada Malaysia dengan segala kudrat yang termampu,” katanya.

Kerajaan tumpu tingkat kualiti hidup Bumiputera

Berita Harian

Kerajaan tumpu tingkat kualiti hidup Bumiputera


2010/06/11

3 pendekatan jana pendapatan, penuhi keperluan kemudahan asas


KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi fokus kepada usaha meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah, dengan Bumiputera mewakili 73 peratus daripada 2.4 juta isi rumah terbabit.

Pendapatan purata kumpulan itu yang sebanyak RM1,440 sebulan pada 2009 akan ditingkatkan kepada RM2,300 sebulan pada 2015. Selain pertambahan pendapatan dari aspek ekonomi, peningkatan kualiti hidup ini juga merangkumi aspek perlindungan sosial yang kukuh.

Tiga pendekatan akan digunakan bagi menjayakan hasrat itu iaitu:

  • Menyediakan sokongan bagi membina keupayaan dan meningkatkan potensi menjana pendapatan melalui pendidikan dan keusahawan;

  • Menangani keperluan taraf hidup semasa dengan meningkatkan akses kepada kemudahan asas; serta

  • Melaksanakan program khusus untuk kumpulan sasar yang mempunyai keperluan tertentu.

  • Usaha membantu kumpulan itu akan memberi tumpuan kepada empat program iaitu meningkatkan potensi menjana pendapatan; membantu kanak-kanak untuk mempertingkat pencapaian pendidikan dan kemahiran serta memperkukuh jaringan keselamatan dan sosial untuk membantu kumpulan yang kurang mendapat manfaat daripada pembangunan sosioekonomi.

  • Selain itu, menangani keperluan kumpulan sasar khusus melalui pelaksanaan program bersepadu untuk masyarakat Bumiputera di Sabah dan Sarawak, terutama etnik minoriti serta masyarakat Orang Asli di Semenanjung, penduduk di kampung baru Cina dan pekerja ladang yang sebahagian besar berketurunan India.

  • Bagi peningkatan mobiliti ekonomi, kerajaan menyediakan peluang meningkatkan kemahiran dalam bidang yang relevan kepada industri serta mewujudkan hab pekerjaan untuk memadankan keperluan tenaga kerja oleh majikan di kluster dan bandar dengan calon yang bersesuaian dari kawasan luar bandar.

  • Kerajaan juga akan menyediakan lebih peluang bagi program sangkutan industri dan pekerjaan di syarikat yang menerima kontrak utama, konsesi dan insentif kerajaan serta memberikan lebih sokongan kepada usahawan yang akan memulakan perniagaan melalui penyediaan latihan, pembiayaan dan peralatan utama secara bersepadu.

  • Bagi perlindungan sosial kukuh, kerajaan menyediakan lebih akses kepada program bantuan pendapatan bagi kumpulan layak, lebih peluang memiliki rumah pada kadar subsidi dan lebih akses kepada kemudahan penjagaan kesihatan serta bekalan air dirawat dan elektrik selain kemudahan pengangkutan.

  • Saturday, June 12, 2010

    Mahat ikon Orang Asli

    Utusan

    Mahat ikon Orang Asli


    Mahat a/l Mat Dong menunjukkan piala dan sijil yang diperoleh selepas dinobatkan sebagai Ikon Orang Asli 2009 baru-baru ini.


    RAUT wajahnya persis anak muda Melayu, kemas dan segak berpakaian sut gelap. Tangannya menggenggam BlackBerry. Tutur katanya penuh sopan dan berkeyakinan.

    Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dan kini menyandang jawatan Penolong Pengarah Kanan di Unit Pelaksanaan Projek Persekutuan Pahang, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS).

    Ogos lepas, beliau dinobatkan sebagai Ikon Orang Asli 2009, anugerah yang julung kali diwujudkan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia (JHEOA) sempena Karnival Keusahawanan dan Kebudayaan Orang Asli.

    Kesempitan hidup

    Lebih 30 tahun lalu, anak muda ini, Mahat a/l Mat Dong membesar dalam serba-serbi kekurangan di Kampung Bukit Bangkong, sebuah perkampungan Orang Asli suku kaum Jakun di Sungai Lembing, Pahang.

    Kampung yang dikelilingi hutan itu tidak ada sebarang bentuk pembangunan termasuk bekalan elektrik dan air serta jalan tar berbanding hari ini.

    Bapanya tidak mempunyai pekerjaan tetap, hanya membuat kerja kampung, menebang balak, mencari rotan di hutan serta membuat kerja kontrak untuk kelangsungan hidup keluarganya.

    "Di rumah, barang-barang seperti beras, gula, garam memang selalu tak ada. Pernah satu ketika ada hanya segenggam beras, nak makan satu keluarga sembilan orang memang tak cukup.

    "Dengan segenggam beras itu emak buat bubur, masukkan pucuk paku dan ikan nak jadikan banyak. Selalu juga kami makan nasi dengan garam, air suam, kami jadikan kuah.

    "Kalau ada rezeki memancing, dapatlah ikan pepuyu atau ikan haruan. Inilah sumber protein saya semasa kecil," cerita Mahat, anak sulung daripada tujuh beradik mengimbau kisah silamnya.

    Kuatkan azam

    Zaman persekolahan Mahat dilakari pelbagai cerita pahit terutama diejek budak-budak sekolah yang lain. Semuanya kerana pakaian dan kasutnya yang kotor.

    Menurut Mahat, pakaian dan kasutnya kotor bukan kerana tidak cuci tetapi kerana dia terpaksa berjalan dan melalui jalan tanah merah untuk sampai ke jalan besar dan mengambil bas ke sekolah.

    Pondok kayu yang kecil yang menjadi kediaman keluarganya terletak kira-kira empat kilometer dari jalan besar.

    Untuk ke sekolah, beliau perlu keluar seawal 5.30 pagi, dan jika berjalan kaki hingga ke jalan besar, bukan sahaja kasutnya menjadi merah, pakaiannya juga akan kotor.

    "Kotor-kotor pun pergi juga ke sekolah. Selalu sangat kena ejek tetapi itu semua sebenarnya menguatkan semangat," kata Mahat yang semasa kecil bercita-cita menjadi guru.

    Pembakar semangat

    Menurut beliau, meskipun bagi sesetengah orang, ejekan menjadi 'pematah semangat' tetapi bagi dirinya ia sebenarnya 'pembakar semangat'.

    "Saya kuatkan azam untuk terus bersekolah sebab keluarga saya susah. Kalau saya tak belajar, saya pun mungkin jadi macam ayah saya, tanpa pendidikan tetap, tanpa pekerjaan tetap. Saya tak akan dapat merubah keadaan kehidupan keluarga saya," demikian kata Mahat.

    Bapa Mahat, Mat Dom Batin Dagang hanya bersekolah sehingga darjah dua sahaja dan ibunya, Lee Dee tidak pernah bersekolah.

    Namun kata Mahat, ibunya boleh membaca berkat ketekunannya belajar di sekolah dewasa.

    Meskipun tidak berpelajaran tinggi, keadaan ini bagaimanapun tidak menghalang pasangan ini untuk memberi galakan kepada Mahat dan adik-adiknya yang lain supaya rajin bersekolah.

    "Emak dan ayah bagi dorongan kuat untuk saya belajar. Semasa kecil tak ada elektrik, belajar guna pelita minyak tanah. Rumah sempit, di situ makan, di situ tidur dan di situ juga tempat belajar. Susah betul hidup masa kecil," katanya.

    Mahat berkata ibu dan bapanya selalu berpesan, "belajarlah rajin-rajin, jangan jadi macam emak dan ayah. Kalau emak dan ayah dah susah takkan kau nak susah juga.

    "Dalam kelas bila belajar saya selalu ingat pesanan emak dan ayah. Saya sedih kalau teringatkan kata-kata mereka. Saya sudah nampak emak dan ayah susah, tak ada pendidikan, ayah tak ada pekerjaan tetap," katanya.

    Cabaran belajar

    Situasi persekolahan menengah tidak banyak bezanya bagi Mahat. Ejekan masih ada meskipun tidak seteruk sekolah rendah.

    Beliau bersekolah di Sekolah Menengah Tengku Abdullah, Pekan dari tingkatan satu hingga lima dan sepanjang tempoh persekolahan itu, beliau tinggal di asrama.

    Menurut Mahat, beliau konsisten belajar semasa di sekolah menengah dan sering berada dalam senarai sepuluh pelajar terbaik, satu-satunya anak Orang Asli dalam kedudukan itu.

    Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi Mahat. Untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau hanya mendapat gred dua.

    "Walaupun keputusan SPM tidak bagus, ini tidak bermakna saya sudah gagal dalam hidup. Saya berfikir bagaimana cara saya untuk melanjutkan pelajaran dengan keputusan yang saya perolehi," katanya.

    Mahat kemudian pergi ke JHEOA untuk bertanya peluang melanjutkan pelajaran. Seorang petugas di jabatan itu memberikannya borang permohonan ke Politeknik dan Institut Kemahiran Mara (IKM).

    "Rezeki saya dengan politeknik. Saya diterima masuk ke Politeknik Kota Bharu pada Jun 1995 dalam bidang kejuruteraan automotif mekanikal.

    "Semasa menerima berita itu, saya terfikir juga yang Kelantan itu jauh dan macam mana saya nak pergi kerana tak ada wang untuk beli pakaian serta beg dan perlu juga ada duit poket sebelum dapat biasiswa.

    "Saya ikut ayah masuk ke hutan cari rotan dan dari jualan rotanlah saya mempunyai wang untuk beli keperluan ke politeknik. Hidup selepas itu tak susah sebab dapat biasiswa, cukup untuk bayar sewa rumah, makan dan minum serta beli peralatan belajar," kata Mahat sambil menambah, ketika itu hanya beliau satu-satunya anak Orang Asli yang belajar di Politeknik berkenaan.

    Keadaan berbeza

    Berbanding zaman persekolahan rendah dan menengah, keadaan belajar di politeknik amat jauh berbeza.

    "Di politeknik saya mula dengan sijil sahaja sebab saya gagal Bahasa Inggeris dalam SPM. Lepas sijil saya mesti kerja dulu selama enam bulan untuk sambung ke peringkat diploma di Politeknik yang sama," cerita Mahat. Beliau tamat belajar peringkat Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) pada Disember 1998.

    Keinginannya menyandang jawatan yang lebih tinggi mendorong anak muda ini menyambung pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dan akhirnya menggenggam segulung ijazah pada Oktober 2003.

    Tidak lupa keluarga

    Tidak seperti Kisah Si Tanggang, Mahat tidak pernah melupakan jasa ibu dan bapanya serta nasib adik-adiknya mahupun asal usulnya.

    Semasa beliau bekerja selepas tamat Politeknik peringkat Sijil lagi, beliau sudah mengirim wang kepada keluarganya di kampung.

    "Saya jenis pentingkan keluarga. Walaupun kawan-kawan sibuk membeli handphone dan motosikal, dapat sahaja gaji pertama saya hantar wang untuk emak dan ayah. Hampir separuh daripada gaji RM1,500 saya kirim untuk emak dan ayah," katanya.

    Beliau juga memotivasikan dirinya untuk meneruskan pengajian sehingga ke peringkat Ijazah ketika bekerja sebagai penolong jurutera dengan syarikat Jepun di Batu Pahat.

    Setelah bekerja beberapa tahun dengan pihak swasta, Mahat membuat keputusan untuk menyertai perkhidmatan kerajaan. Pada Februari 2004, beliau berkhidmat sebagai Jurutera Mekanikal, Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal, JPS Terengganu.

    Pada Disember 2005, beliau bertukar ke JPS Pahang sebelum dipindahkan ke Bahagian Hidrologi dan Sumber Air, JPS ibu pejabat di Kuala Lumpur. Meskipun dinaikkan pangkat kepada Penolong Pengarah Kanan, beliau memohon balik ke Pahang apabila penubuhan Unit Pelaksanaan Projek Persekutuan Pahang diluluskan.

    "Ramai juga terkejut apabila saya minta balik ke Pahang. Saya beritahu mereka saya mahu membantu masyarakat kaum saya," katanya.

    Perlu motivasi

    Di tengah-tengah kesibukan tugas yang disandang sekarang, Mahat gigih mengendalikan program motivasi khusus untuk pelajar Orang Asli.

    "Disebabkan saya berasal dari keluarga susah, saya sering memikirkan nasib masyarakat saya. Meskipun kerajaan banyak membantu masyarakat Orang Asli tetapi tidak ramai yang berjaya.

    "Pada saya yang kurang ialah motivasi. Daripada motivasi, kita boleh beri kesedaran dan tekankan pentingnya pendidikan," kata.

    Menurut Mahat, dia juga menyakinkan pelajar-pelajar Orang Asli supaya jangan lemah semangat meskipun menjadi bahan ejekan pelajar lain.

    Dalam masa yang sama, Mahat berharap lebih ramai anak Orang Asli yang berjaya akan tampil untuk menolong masyarakat mereka di kampung dan tidak melupakan asal usul mereka. -- BERNAMA

    Pengambilan Kursus Giatmara Pusat Latihan JHEOA Sesi 2/2010


    Pengambilan Kursus GIATMARA Pusat Latihan JHEOA Damansara Damai Sesi 2/2010
    Nama Kursus :1. Teknologi Motosikal (TM)
    2. Teknologi Baikpilih Mengecat Kenderaan (TBMK)
    Tarikh melapor diri :Pada 4 Julai 2010 (waktu pejabat)
    Taklimat Kursus :5 Julai 2010
    Tempoh Kursus :6 bulan

    Untuk maklumat lanjut, sila muat turun fail berikut:

    Pengambilan Kursus Pusat latihan Sesi 2/2010 (pdf, 12.77KB)


    Tuesday, June 1, 2010

    Karnival Usahawan & Kebudayaan Orang Asli 2010



    Powered by Blogger.