SETELAH 55 tahun Jabatan Hal Ehwal Orang Asli ditubuhkan iaitu sejak tahun 1954, jabatan itu telah memainkan peranan besar dalam mengubah corak kehidupan serta cara berfikir masyarakat Orang Asli di negara ini.
Jika dulu, kehidupan masyarakat Orang Asli lebih kepada cara tradisi mereka dengan berpindah-randah dari satu tempat ke satu tempat yang lain tetapi hari ini mereka tinggal menetap di satu kawasan perumahan yang selesa serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.
Malah, hampir semua ibu bapa masyarakat itu kini sudah mampu memikirkan mengenai kepentingan pendidikan, kesihatan atau mencari sumber pendapatan tetap sama seperti masyarakat lain yang tinggal di negara ini.
Namun kejayaan itu masih belum mencukupi buat JHEOA kerana mereka masih mempunyai misi besar untuk dilaksanakan demi kesejahteraan dan kemakmuran untuk semua masyarakat Orang Asli yang tinggal di negara ini iaitu dengan menjadikan masalah kemiskinan tegar di kalangan masyarakat itu sebagai ‘musuh’ yang perlu dihapuskan sama sekali.
Untuk itu, Ketua Pengarah JHEOA, Dato’ Hj. Mohd. Sani Mistam telah menetapkan tahun 2010 sebagai tahun penting kepada jabatan itu untuk melaksanakan semua program yang telah dirangka meliputi bidang ekonomi mahupun infrastruktur supaya hasrat untuk menghapuskan masalah kemiskinan tegar di kalangan masyarakat itu dapat dilakukan secara total.
“Sasaran utama kita pada Bajet 2010 ialah untuk membasmi kemiskinan tegar di kalangan masyarakat Orang Asli dengan merangka pelbagai program ekonomi serta infrastruktur supaya golongan itu dapat hidup dengan selesa selain meraih pendapatan melebihi paras kemiskinan tegar iaitu sebanyak RM430 sebulan pada penghujung 2010,” katanya.
Ketika ini, seramai 23,841 daripada 141,000 penduduk Orang Asli masih berada berpendapatan di bawah angka RM430 sebulan dan JHEOA telah merancang serta mengenal pasti projek-projek yang akan dilaksanakan meliputi penyediaan infrastruktur, ekonomi dan pembangunan sosial dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan yang lain bagi meningkatkan pendapatan golongan terbabit selain meningkatkan taraf kehidupan rakan mereka yang lain.
Bagi menjayakan hasrat itu, sebanyak RM41.4 juta telah diperuntukkan untuk pembangunan masyarakat Orang Asli secara keseluruhannya dan daripada jumlah itu sebanyak RM13.7 juta akan diagihkan untuk program ekonomi, RM12.67 juta untuk program penempatan rumah tersusun manakala RM14.95 juta lagi disalurkan untuk program pembangunan sosial.
Bagi program ekonomi katanya, pelbagai usaha untuk membangunkan tanah telah dijalankan terutama di Johor, Kelantan dan Perak terutamanya membabitkan projek pertanian yang diusahakan secara berkelompok meliputi tanaman seperti pisang, kacang, jagung, serai dan koko.
“Bagi pihak JHEOA, kita akan menyediakan bantuan meliputi penyaluran input pertanian, khidmat nasihat selain membuka ladang-ladang untuk tanaman tersebutsupaya dapat diusahakan oleh masyarakat Orang Asli.
“Program tanaman berkelompok ini dijalankan dengan kerjasama Jabatan Pertanian dengan tumpuan diberi kepada penduduk Orang Asli yang berada dibawah paras kemiskinan tegar,” katanya. Bagi menjayakan projek tanaman berkelompok itu, JHEOA telah memperuntukkan sebanyak RM2.1 juta untuk memastikan sebanyak 1,200 keluarga masyarakat terbabit mendapat manfaat daripada projek tersebut yang akan bermula pada 2010 sehingga 2012. Projek yang dirancang itu akan melibatkan tiga negeri utama iaitu Perak, Kelantan dan Pahang.
Melalui projek itu, setiap peserta yang terdiri daripada penduduk Orang Asli yang dikategorikan sebagai miskin tegar akan diberi bantuan khidmat nasihat pertanian serta input-input lain seperti benih, baja dan sebagainya supaya mereka yang tergolong sebagai miskin tegar itu dapat menjalankan aktiviti pertanian yang dirancang dengan sempurna. Antara kawasan yang terlibat dengan projek yang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Pertanian itu ialah di Gua Musang bagi negeri kelantan melibatkan tanaman pisang, jagung, koko dan kacang manakala di Pahang ia akan dilaksanakan di Rompin iaitu di Kampung Tanah Runtuh dan Langkap Lama melibatkan tanaman pisang dan jagung.
Kawasan lain di Pahang ialah di Raub dan Kuala Lipis dengan tanaman pisang manakala sayur-sayuran di Cameron Highlands. Bagi negeri Perak pula ia melibatkan tanaman pisang dan jagung di Pos Yom, Pos Slim dan Pos Persih.Bantuan yang disediakan kepada semua peserta tanaman berkelompok itu bagaimanapun tidak hanya terhad kepada aspek khidmat nasihat serta input pertanian semata-mata, malah JHEOA juga turut bekerjasama dengan FAMA serta Lembaga Koko Malaysia bagi memastikan semua hasil tanaman yang diusahakan oleh peserta Orang Asli terbabit dapat dipasarkan dengan sempurna, sekali gus membantu menambah pendapatan mereka yang selama ini masih ada yang bergantung kepada hasil hutan.
Selain tanaman yang diusahakan secara berkelompok itu, JHEOA juga turut terlibat dengan aktiviti perladangan lain yang telah dan sedang dilaksanakan di semua penempatan Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) di selurun negara terutamanya melibatkan penanaman kelapa sawit serta getah dengan melibatkan kerjasama daripada pihak Risda serta Felcra yang mampu memberi pendapatan tetap kepada masyarakat Orang Asli yang yang menyertainya.Malah, bersesuaian dengan hala tuju JHEOA pada 2010 sendiri yang berusaha untuk meningkatkan penggunaan tanah di kalangan Orang Asli, banyak projek ekonomi yang berdaya maju seperti bidang ternakan turut diusahakan meliputi bidang ternakan seperti lembu dan kambing.
Terbaru, JHEOA kini gigih melaksanakan projek sarang burung walit untuk diusahakan oleh Orang Asli. Buat permulaan, projek itu sedang dilaksanakan di Rompin dengan penyediaan bangunan untuk burung berkenaan membuat sarang dengan modal antara RM250,00 hingga RM300,000 seunit. Sehingga kini, sebanyak 48 peratus daripada kira-kira 50,000 hektar tanah yang diwartakan untuk Orang asli telah dimajukan dan ia meliputi kawasan perumahan tersusun serta pembangunan ladang-ladang pertanian.“Ini adalah inisiatif kami di JHEOA untuk memastikan setiap Orang Asli dapat terlibat dalam pelbagai sektor yang mampu memberi pendapatan tambahan kepada mereka sekali gus bukan sahaja akan membawa mereka keluar daripada belenggu kemiskinan malah dapat bersaing dengan masyarakat lain di negara ini,” katanya. Selain bidang pertanian, JHEOA juga memberi tumpuan terhadap usaha meningkatkan taraf kehidupan masyarakat Orang Asli secara keseluruhannya untuk menyediakan penempatan tersusun serta melengkapkannya dengan pelbagai kemudahan dan sehingga kini sebanyak 14,000 buah rumah telah dibangunkan untuk masyarakat tersebut dan kira-kira 5,000 lagi akan dibangunkan pada 2010.
Kebanyakan rumah-rumah ini dibangunkan di 17 kawasan RPS serta kawasan-kawasan pembangunan lain yang dikhaskan untuk Orang Asli di seluruh negara yang membolehkan masyarakat itu tinggal menetap di satu-satu kawasan berbanding sebelum ini majoriti mereka hidup secara nomad iaitu berpindah-randah dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan aktiviti ekonominya 100 peratus bergantung kepada hasil hutan.Malah Bajet 2010 telah memperuntukan sebanyak RM12.67 juta untuk menyediakan perumahan yang teratur yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti jalan kampung, elektrik dan bekalan air bersih.Melalui program perumahan tersusun, prasarana itu telah dilaksanakan di beberapa negeri meliputi Pahang, Perak dan Negeri Sembilan melalui penyediaan rumah-rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dilengkapi dengan kemudahan elektrik, jalan raya serta bekalan air bersih.
Antara kawasan yang terlibat dengan projek itu ketika ini ialah di Endau, Johor melibatkan pembangunan rumah sebanyak 100 unit. Selain itu, sebanyak 100 unit rumah juga sedang dibina sebagai kawasan penempatan semula Orang Asli di Batu Pahat dan ketika ini Kerja tanah untuk pembangunan itu kini sedang giat dijalankan dan ia dijangka siap pada akhir 2011.
Dalam bidang kesihatan dan perubatan pula, JHEOA turut memandang serius perkara itu dengan menyediakan pelbagai infrastruktur, kakitangan serta peralatan kesihatan terkini untuk memastikan masyarakat Orang Asli mendapat pemeriksaan perubatan yang sewajarnya.Terdapat beberapa jenis kemudahan kesihatan yang disediakan iaitu balai rawatan, pusat transit, klinik desa dan hospital dan ketika ini terdapat 53 buah balai rawatan di seluruh negara dengan 36,538 orang mendapat manfaat daripadanya, lima buah pusat transit yang telah memberi faedah kepada 11,875 pesakit manakala 3,000 orang di hospital iaitu di Gombak.
Selain itu, bakat usahawan yang terpendam dalam diri Orang Asli juga tidak dibiatrkan begitu sahaja kerana metreka turut dibantu menerima pelbagai kemudahan termasuk penyediaan ruang niaga, kursus keusahawanan, bantuan modal, bantuan peralatan, serta berpeluang menyertai ekspo-ekspo yang dijalankan oleh pihak JHEOA sendiri atau melalui kerjasama kementerian-kementerian lain yang diadakan sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Secara keseluruhannya, Mohd. Sani memberitahu, sumbangan terbesar JHEOA terhadap masyarakat Orang Asli ialah membangunkan minda mereka sehingga jurang perbezaan antara masyarakat tersebut dengan penduduk negara ini yang lain semakin mengecil sama ada melibatkan aspek pendidikan, kesihatan, infrastruktur serta pekerjaan.Malah, Dasar Tanah Negara yang diluluskan kerajaan pada 4 disember lalu juga bakal membolehkan Orang asli selepas ini akan memiliki tanah sendiri melalui pemberian geran di kawasan-kawasan yang dikhaskan kepada mereka.Melalui dasar itu kata Mohd. Sani, seramai 27,000 keluarga Orang Asli akan diberi tanah ladang antara dua hingga enam hektar selain suku hingga setengah hektar untuk rumah.
30/12/2009

2 comments:
maaflah saya agak sinis dgn JHEOA w/p saya bukan Orang Asal.pengalaman saya mendapati JHEOA bukan shj terlalu birokrasi malah sesungguhnya gagal menjaga kebajikan dan hak OA dgn sesungguhnya-isu tanah,keciciran dlm pelajaran,kesihatan dll-terus menghatui OA.maaf,saya bercakap dari pengalaman mengendalikan kes2 OA dan sbg aktivis
Terima kasih saya ucapkan kepada ahmadnizamhamid atas komen anda. Saya sebagai salah seorang anak Orang Asli juga kadang kala ada berpendapat sebegitu. Tapi apabila saya kaji pekara ini tidak boleh kita letakan pada sebelah pihak sahaja. Walaupun bilangan orang asli tidaklah berapa ramai di negara kita tetapi kebajikan anak-anak Orang Asli tidak dijaga sepenuhnya kerana masyarakat kita sendiri yang tidak berani untuk menonjolkan diri meminta apa yang sepatutnya menjadi milik mereka dan tidak keluar untuk bawa berbincang dengan pihak JHEOA. Ada juga pihak yang yang berbuat sedemikian tetapi malangnya tidak membuat susulan. Selain itu juga saya dapati ramai anak-anak orang asli yang telah berjaya sendiri tidak mahu menolong masyarakat Orang Asli untuk terus maju bahkan ada yang lupa diri dan tidak mengaku bangsa. Tetapi apabila memohon bantuan belajar dari JHEOA baru kelihatan anak-anak ini memohon itu dan ini. Saya akui memang terdapat masaalah di dalam JHEOA yang perlu di perbaiki dari segi melaksanakan permohonan masyarakat Orang Asli tidak kurang juga tedapat pegawai-pegawai yang berkerja di JHEOA mengambil kesempataan diatas pemohonan yang telah dibuat oleh masyarakat orang asli. Pihak yang berkaitan iaitu JHEOA harus mengambil berat tetang masaalah ini. Bagaimanapun masyarakat orang asli haruslah berganding bahu dan saling bekerjasama untuk memajukan diri dan masyarakat Orang Asli. Apa yang menyedihkan saya persefahaman di dalam masyarakat kite sendiri tidak kukuh, pelbagai pergaduhan dan tidak sepahaman yang berlaku. Perkara ini harus diberhentikan jika masyarakat Orang Asli ingin maju. Kita perlu keluar dari keadaan sekarang jika tidak mahu di tindas.
Post a Comment