PAGE-PAGE YANG ADA DI BLOK AKU SALINA :

Tuesday, November 16, 2010

“I don’t know if I can really call myself a Malaysian”


Thursday, November 4, 2010

9 jerat warisan Jakun
Oleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.my
2010/06/20


Jerat Cenanggong



Tanpa senapang, kaum Jakun Kampung Peta di Mersing, Johor hanya gunakan kaedah tradisional untuk memerangkap burung hinggalah gajah, mamalia terbesar di darat yang digelar mereka'orang kuat'

BERBANDING masyarakat pribumi di pedalaman Sarawak yang rata-rata memiliki dan menggunakan senapang untuk berburu atau menjaga kebun mereka, lain pula ceritanya bagi masyarakat Orang Asli di Semenanjung yang kebanyakannya masih bergantung kepada kaedah tradisional.

Mereka tidak memiliki senapang untuk menangkap binatang sama ada bagi dijadikan makanan atau mencegah hasil tanaman dirosakkan, terutama pada musim buah-buahan, sebaliknya lebih banyak bergantung kepada kaedah tradisi, iaitu jerat.Setidak-tidaknya itu cara berburu diamalkan kaum Jakun di Kampung Peta, Taman Negara Endau-Rompin, Johor yang masih bergantung harap kepada tradisi nenek moyang, cuma ketika ini kaedah itu tidak begitu dipraktikkan berbanding 50 tahun lalu.

Jika ke perkampungan kecil terletak paling jauh di kawasan Kahang, sempadan daerah Mersing dan Kluang itu, anda pasti tertarik dengan sembilan jenis jerat atau perangkap binatang warisan keturunan kampung berkenaan yang sehingga kini kekal dipulihara.

Setiap perangkap dipasang mengikut musim atau keperluan, misalnya Jerat Gau dipasang khas untuk menangkap monyet terutama ketika buah-buahan sedang masak. Ia diletakkan di atas pokok yang sering menjadi laluan kumpulan monyet.

Jerat Gau menggunakan sebatang kayu panjang bersambung yang dijadikan ‘laluan selamat’ monyet manakala laluan sekitarnya akan ditutup dengan rimbunan daun dan dahan kecil bertujuan memastikan monyet tidak menggunakan laluan lain.
Tidak menggunakan umpan, jerat itu akan memerangkap monyet yang melalui laluan tengah berbentuk seakan-akan kepak rama-rama menghubungkan dua batang kayu laluan utama kerana di situlah jerat rotan dipasang.

Tali jerat akan terjatuh apabila monyet menghulurkan kepala untuk melintasinya kerana tanpa disedari binatang itu sebenarnya sudah pun menyentuh ‘suis’ tali kecil di muka jerat.

Penduduk kampung berkenaan, Awang Kuli, 51, berkata biasanya monyet yang terkena jerat di leher akan terus mati dan jika terkena pada pinggang haiwan itu pula, ia boleh patah disebabkan beban berat kayu penarik jerat.

Katanya, jerat Kumbang Berayun juga digunakan untuk menangkap monyet dan konsepnya seakan-akan sama dengan Jerat Gau, cuma berbeza pada bentuk tali jeratnya yang bulat dan lebih kecil.

“Masyarakat dulu biasanya tinggal jauh di pedalaman, cuma tiga atau empat keluarga dan mudah jadi mangsa serangan harimau, jadi mereka cipta jerat Penjara menggunakan umpan anjing dalam sangkar.

“Harimau cukup tertarik dan marah bila dengar salakan anjing dan sebab itulah anjing dijadikan umpan, tetapi haiwan itu akan selamat daripada harimau kerana berada dalam sangkar kecil yang dipasang dalam sangkar utama,” jelasnya.

Jerat Penjara berbentuk empat segi dibina setinggi lelaki dewasa dan lebarnya boleh memuatkan seekor harimau dewasa berusia puluhan tahun. Ia mempunyai pintu masuk dipasang tali kecil yang akan menjatuhkan pintu perangkap sebaik sasaran masuk dan cuba membaham umpan.

Jika harimau terperangkap, Orang Asli akan membunuhnya beramai ramai menggunakan lembing yang direjam di celah dinding kayu jerat yang mungkin bagi sesetengah orang, cara itu agak kejam.

Bagaimanapun, satu lagi jenis jerat dipanggil Pelantik sebenarnya lebih ganas dan boleh membunuh binatang dengan hanya satu hentakan lembing dipasang padanya. Jika gajah boleh mati terkena tusukan kuat lembing, pasti haiwan kecil lain seperti harimau, babi dan pelanduk lebih mudah untuk dibunuh.

Dalam kata mudah, Pelantik umpama pelancar lembing yang sebenarnya digunakan bagi tujuan kawalan kampung kerana ia kerap dipasang di sekitar kediaman yang sering diancam harimau dan gajah.

Pelantik juga direka untuk membentuk ‘laluan khas’ bagi memastikan binatang terperangkap, tapi binaannya lebih tegap dan banyak menggunakan pokok hidup sebagai tiang pelancar lembing yang diikat tali bagi memastikan binatang terkena tusukan tidak melarikan diri.

Di bahagian depan laluan binatang, Orang Asli akan memasang kayu penahan kukuh bagi memastikan haiwan sasaran terus terperangkap sebaik terkena panahan lembing. Jika tidak dipasang penahan, mungkin haiwan sekadar jatuh dan masih boleh melarikan diri.

“Zaman dulu, kami gunakan buluh tajam sebagai senjata kerana ia lebih bisa daripada lembing. Binatang juga biasanya tidak mengesyaki buluh itu adalah perangkap berbanding jika kita guna senjata daripada besi,” katanya.

Jerat untuk menangkap tikus dan tupai pula lebih ringkas, hanya memerlukan sebatang rotan yang bertindak sebagai joran untuk menarik jerat. Ia digelar Cenangong dan menggunakan umpan seperti jagung dan ubi yang dipasang pada laluan haiwan kecil itu.

Sebaik tupai menarik umpan, tali kecil terlepas daripada penahan kecil lalu membidas dan menjerat. Namun, jika tali jerat terkena pada kaki atau ekor tupai, haiwan itu biasanya akan menggigit tali rotan hingga putus dan kerana itu, kini Orang Asli menggantikannya dengan tali dawai.

Powered by Blogger.