PAGE-PAGE YANG ADA DI BLOK AKU SALINA :
Tuesday, August 16, 2011
Saturday, March 12, 2011
Monday, February 28, 2011
Bantuan Segera Mangsa Banjir Perkampungan Orang Asli Di Negeri Johor
Posted by Aku Salina at 11:37 AMKetua pengarah jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Dato' Hj Mohd Sani bin Mistam, mengelurkan kenyataan akan memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di johor.
Maklumat lanjut Klik disini.
Monday, February 14, 2011
Perkuburan Suku Bateq
Posted by Aku Salina at 4:41 PM
Perkuburan suku bateq yang menduduki kawasan kuala tahan dan jerantut diselubungi unsur mistik dan sera berikutan dahan pokok besar menjadi taman khusus untuk si mati. Kaum bateq dipercayai menyemadikan si mati di atas pokok berikutan bimbang terlangkah atau terpijak kubur kerana perbuatan itu boleh menyebabkan nasib malang atau ditimpa penyakit sukar diubati.justeru itu,kaum bateq mendirikan para-para diatas dahan pokok sebagai perkuburan mayat.tetapi sebab utama ialah untuk mengelakkan bau busuk,mereka percaya cara itu membolehkan bau ayat tersebut terbang bebas ke udara dengan mudah. Anggota masyarakat suku bateq yang meninggal dunia akan di mandikan dan di bersihkan sebelum dipakaikan pakaian yang lengkap.kemudian,mayat dibungkus dengan kain batik lepas dan diikat kemas supaya senang diusung ke kawasan perkuburan menggunakan pengusung yang diperbuat daripada buluh cincang. Lebih unik,kebanyakan perkuburan suku bateq terletak jauh dari kawasan penempatan bagi mengelakkan terkena sial mayat.jika tidak dilakukan,mereka percaya hantu simati akan mengikut mereka balik ke rumah,masyarakat bateq tidak memilih pokok khusus namun ia harus besar dan mempunyai dahan yang kuat untuk menampung para mayat.sekiranya tiada pokok besar ,tiga pokok kecil yang berdekatan akan diguna untuk membina para kayu berbentuk tiga segi,mayat akan diletakkan secara mengiring di atas para selepas tiga hari kematiannya,tubuhnya di alas kulit kayu bersama semua harta miliknya. Mayat tersebut disemadikan sedemikian kerana ibu bapa si mati menginginkan pengebumian dilakukan secara tradisi,cua sekarang mereka memilih untuk mengebumikan mayat sejauh yang mungkin dari kawasan kampung.SEJARAH PENUBUHAN SK BUKIT SEROK
Posted by Aku Salina at 4:39 PMSekolah ini telah dibina pada tahun 1964. Nama sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Bukit Serok bersempena dengan nama kampung ini. Pada ketika itu, sekolah ini diletakkan dibawah pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Orang Asli ( JHEOA ). Sebelum sekolah ini dibina, murid – murid sekolah ini bersekolah di Kampung Bukit Serok Lama.
Pada peringkat awal, sekolah ini merupakan sebuah sekolah pondok. Ia telah dibina dengan menggunakan dinding kulit kayu dan beratapkan daun nipah. Semasa murid – murid tahun pertama memulakan persekolahan, sekolah ini masih lagi dalam pembinaan. Peralatan asas tidak mencukupi dan tidak lengkap sepenuhnya. Ketika itu, murid – murid hanya duduk di atas bangku kayu yang dibuat oleh penduduk kampung.
Sekolah ini mempunyai enam bilik darjah tanpa sekatan dinding. Pada peringkat awal, cuma terdapat seorang tenaga pengajar iaitu Cikgu Yusof Abdullah. Kemudian beliau telah dibantu oleh dua orang tenaga pengajar yang juga orang tempatan iaitu Cikgu Chupak ( kini Batin Chupak ) dan Cikgu Lolam.
Selepas Cikgu Yusof meletakkan jawatan pada tahun 1968, sekolah ini telah menerima dua orang tenaga pengajar dari JHEOA. Dalam tahun tersebut juga sekolah ini telah mendapat bangunan baru yang diperbuat daripada papan. Sekolah ini telah dibina oleh JHEOA. Pihak jabatan juga membina sebuah bangunan asrama, dewan makan dan dapur. Asrama ini dibina bertujuan untuk menampung murid – murid miskin dan yang tinggal jauh dari sekolah.
Pada tahun 1971, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil alih sebahagian daripada pengurusan sekolah dari JHEOA. Sekolah ini sekali lagi mendapat bangunan baru pada tahun 1989, termasuk sebuah asrama ( Asrama Desa ), dewan makan dan dapur. Selepas itu, pada tahun 1990, sekolah ini diserahkan sepenuhnya kepada Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada tahun 1993, sekolah ini mendapat bangunan dua tingkat pula. Ia mengandungi enam buah bilik darjah dan mula digunakan pada tahun 1995. Pada bulan September 1998, penantian pihak sekolah untuk mendapatkan sebuah kantin akhirnya tercapai jua. Walaubagaimanapun saiz kantin yang ada sekarang kurang selesa dan tidak dapat menampung bilangan murid yang ramai.
Bulan Januari 2002, sekolah telah mendapat dua blok bangunan tambahan dan juga bangunan asrama yang boleh menampung 100 orang penghuni. Bangunan ini telah mula digunakan sepenuhnya pada tahun 2004.
Pada peringkat awal, sekolah ini merupakan sebuah sekolah pondok. Ia telah dibina dengan menggunakan dinding kulit kayu dan beratapkan daun nipah. Semasa murid – murid tahun pertama memulakan persekolahan, sekolah ini masih lagi dalam pembinaan. Peralatan asas tidak mencukupi dan tidak lengkap sepenuhnya. Ketika itu, murid – murid hanya duduk di atas bangku kayu yang dibuat oleh penduduk kampung.
Sekolah ini mempunyai enam bilik darjah tanpa sekatan dinding. Pada peringkat awal, cuma terdapat seorang tenaga pengajar iaitu Cikgu Yusof Abdullah. Kemudian beliau telah dibantu oleh dua orang tenaga pengajar yang juga orang tempatan iaitu Cikgu Chupak ( kini Batin Chupak ) dan Cikgu Lolam.
Selepas Cikgu Yusof meletakkan jawatan pada tahun 1968, sekolah ini telah menerima dua orang tenaga pengajar dari JHEOA. Dalam tahun tersebut juga sekolah ini telah mendapat bangunan baru yang diperbuat daripada papan. Sekolah ini telah dibina oleh JHEOA. Pihak jabatan juga membina sebuah bangunan asrama, dewan makan dan dapur. Asrama ini dibina bertujuan untuk menampung murid – murid miskin dan yang tinggal jauh dari sekolah.
Pada tahun 1971, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil alih sebahagian daripada pengurusan sekolah dari JHEOA. Sekolah ini sekali lagi mendapat bangunan baru pada tahun 1989, termasuk sebuah asrama ( Asrama Desa ), dewan makan dan dapur. Selepas itu, pada tahun 1990, sekolah ini diserahkan sepenuhnya kepada Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada tahun 1993, sekolah ini mendapat bangunan dua tingkat pula. Ia mengandungi enam buah bilik darjah dan mula digunakan pada tahun 1995. Pada bulan September 1998, penantian pihak sekolah untuk mendapatkan sebuah kantin akhirnya tercapai jua. Walaubagaimanapun saiz kantin yang ada sekarang kurang selesa dan tidak dapat menampung bilangan murid yang ramai.
Bulan Januari 2002, sekolah telah mendapat dua blok bangunan tambahan dan juga bangunan asrama yang boleh menampung 100 orang penghuni. Bangunan ini telah mula digunakan sepenuhnya pada tahun 2004.
Orang Asli Masih Dipinggirkan
Posted by Aku Salina at 4:28 PM- INSAN KG PYA MENDOI AKAR UMBI (di petik dari sinarharian pahang)
Wednesday, December 29, 2010
JHEOA Teruskan Program Motivasi Tingkat Kecemerlangan Atasi Keciciran
Posted by Aku Salina at 12:08 PMKEJAYAAN menurunkan kadar keciciran dalam kalangan anak Orang Asli perlu dipertingkatkan supaya masyarakat itu terus berdaya saing seiring kaum lain. Menyedari hakikat itu, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), meneruskan program berbentuk motivasi bagi menggalakkan golongan itu meneruskan perjuangan hingga sekolah menengah seterusnya ke menara gading. Ketua Pengarah JHEOA, Dato’ Hj. Mohd Sani Mistam, berkata pihaknya menyasarkan menurunkan kadar berkenaan secara berperingkat.
Beliau berkata, tahun depan pihaknya yakin kadar itu terus turun kepada 26 peratus selepas menurunkan empat peratus tahun ini berbanding 32 peratus tahun lalu. Bagi mencapai hasrat itu, katanya, pelajar Orang Asli perlu diberi bimbingan supaya dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan asrama ketika di sekolah menengah. “Selain JHEOA, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, sekolah dan guru serta ketua masyarakat mesti menyokong agenda pembangunan supaya mereka sedar pentingnya pendidikan. “Kami bangga kerana ramai anak Orang Asli kini sudah berjaya. Tahun ini saja, seramai 210 pelajar lulusan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2009 berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. “Diharapkan kejayaan ini menjadi penanda aras kepada pencapaian masyarakat berkenaan untuk terus maju,” katanya selepas merasmikan dan menutup Program Mesra Didik Pelajar Orang Asli di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), di Kuala Kubu Baru, baru-baru ini. Seramai 450 murid Orang Asli dari lapan negeri menyertai program lima hari empat malam yang dikendalikan fasilitator Institut Integriti Malaysia. Turut serta 81 pelajar Tingkatan Tiga dan Empat MRSM Kuala Kubu Baru, Selangor dan MRSM FELDA Trolak, Perak. Mohd Sani berkata, program masuk tahun kedua itu diharap memberi kesan positif kepada golongan sasar terutama lepasan sekolah rendah untuk meneruskan persekolahan masing-masing. Katanya, pihaknya mendapat kerjasama Kementerian Pelajaran untuk menyiapkan lebih banyak asrama di sekolah menengah. Dua lagi Sekolah Model Khas (Darjah Satu hingga Tingkatan Tiga), akan dibina di Hulu Perak dan Lipis, Pahang. Sementara itu, peserta yang ditemui menyatakan rasa bangga mereka kerana berpeluang menyertai program berkenaan. Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Batu 14, Perak, Joyerish, 12, berkata peserta didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan mereka. “Saya akan berusaha belajar bersungguh-sungguh bagi menjadi insan berjaya supaya dapat membantu ibu bapa dan masyarakat,” katanya. Juliana Aliza Ismail, 12, pelajar SK Tasik Chini, Pekan, Pahang berkata, dia gembira kerana terpilih menyertai program itu walaupun diarahkan berbuat demikian oleh Tok Batin kampung. Anak keenam daripada tujuh beradik itu kini mampu berpandangan lebih jauh dan yakin berhadapan dengan masyarakat. Katanya, dia terus berazam berazam untuk belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai impian melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia. Fasilitator MRSM Felda Trolak, Jumani Izaan Johari, 15, berkata program seperti itu perlu kerap dianjurkan supaya peserta mendapat pendedahan mengenai pentingnya pelajaran dalam usaha mengubah status kehidupan. “Walaupun saya menghadapi kesukaran berkomunikasi, namun selepas lima di sini, tahap keyakinan diri meningkat,” katanya. Rakannya dari MRSM Kuala Kubu Baru, Muhammad Fakhrurrazi Ahmad, 16, program itu memupuk semangatnya untuk terus gigih dalam pelajaran. Katanya, galakan serta bimbingan berterusan menyuntik semangatnya mengubah mentaliti untuk menjadi yang lebih baik dan berjaya dalam hidup.
6,001 Orang Asli terima RM47.8 juta
Posted by Aku Salina at 12:06 PMTEMERLOH: Seramai 6,001 Orang Asli yang terbabit dengan projek Tanam Semula Berkelompok (TSK) di negara ini mendapat durian runtuh apabila menerima bonus dan dividen berjumlah RM47.8 juta.
Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), Dato’ Hj. Mohd Sani Mistam, berkata bonus dan dividen sudah dibayar melalui akaun bank setiap peserta mulai Oktober lalu dengan masing-masing menerima bonus RM2,000, manakala dividen pula antara RM400 hingga RM1,000 mengikut kadar pengeluaran hasil ladang mereka. Beliau berkata, pembayaran bonus dan dividen itu berikutan keuntungan diterima JHEOA melalui 125 projek TSK yang diusahakan bersama RISDA dan FELCRA membabitkan kawasan seluas 16,510.13 hektar dengan tanaman getah dan kelapa sawit. “Kita juga berhasrat membuka lebih banyak tanah TSK dengan tanaman komoditi seperti getah dan kelapa sawit untuk diagihkan kepada Orang Asli dalam usaha meningkatkan taraf hidup mereka. “Ini antara cara terbaik untuk membantu mereka mengubah kehidupan supaya tidak hanya bergantung kepada pekerjaan tradisional mencari hasil hutan,” katanya. Mohammad Sani berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyampaian Bonus Tahunan Peserta TSK daerah Maran, Temerloh, Jerantut dan Bera di Dewan Majlis Perbandaran Temerloh, dekat sini. Turut hadir Pengarah JHEOA Pahang, Isa Abdul Hamid dan Ahli Dewan Negara, Senator Muhammad Olian Abdullah. Pada majlis itu, seramai 779 Orang Asli dari empat daerah berkenaan membabitkan 12 kampung termasuk Kampung Ulu Jemol, Paya Taman, Merbau, Embus, Paya Besar, Sungai Leleh, Paya Mengkuang, Paya Sendayan, Pasu, Bongkok, Sungai Tuang dan Sungai Bangkong menerima bonus dan dividen berjumlah RM1.991 juta. Mohammad Sani berkata, pihaknya juga sedang merancang kaedah berkesan, termasuk menggalakkan Orang Asli menubuhkan koperasi untuk menguruskan ladang mereka bagi meningkatkan lagi pengeluaran dan produktiviti, sekali gus meraih keuntungan lebih besar dan merancakkan pertumbuhan ekonomi masyarakat itu. “Setakat ini, ada 10 koperasi diuruskan Orang Asli yang aktif di seluruh negara tetapi belum menunjukkan komitmen dan keupayaan dalam pengurusan ladang. “Justeru, JHEOA akan melatih dan menggalakkan pengurusan koperasi Orang Asli meningkatkan kemahiran termasuk menimba ilmu pengetahuan dalam bidang pembangunan tanah pertanian dan pengurusan kewangan sejajar dengan matlamat meningkatkan taraf hidup mereka,” katanya.
Durian Runtuh - Peserta Ladang Dapat Bonus RM2,000
Posted by Aku Salina at 12:04 PM24 Disember 2010
TEMERLOH: Seramai 6,001 Orang Asli yang terbabit dengan projek Tanam Semula Berkelompok (TSK) di negara ini mendapat durian runtuh apabila menerima bonus dan dividen berjumlah RM47.8 juta.
Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), YH Dato’ Haji Mohd Sani Mistam, berkata bonus dan dividen sudah dibayar melalui akaun bank setiap peserta mulai Oktober lalu dengan masing-masing menerima bonus RM2,000, manakala dividen pula antara RM400 hingga RM1,000 mengikut kadar pengeluaran hasil ladang mereka. Beliau berkata, pembayaran bonus dan dividen itu berikutan keuntungan diterima JHEOA melalui 125 projek TSK yang diusahakan bersama RISDA dan FELCRA membabitkan kawasan seluas 16,510.13 hektar dengan tanaman getah dan kelapa sawit.
“Kita juga berhasrat membuka lebih banyak tanah TSK dengan tanaman komoditi seperti getah dan kelapa sawit untuk diagihkan kepada Orang Asli dalam usaha meningkatkan taraf hidup mereka.
“Ini antara cara terbaik untuk membantu mereka mengubah kehidupan supaya tidak hanya bergantung kepada pekerjaan tradisional mencari hasil hutan,” katanya.
Mohammad Sani berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyampaian Bonus Tahunan Peserta TSK daerah Maran, Temerloh, Jerantut dan Bera di Dewan Majlis Perbandaran Temerloh, dekat sini.
Turut hadir Pengarah JHEOA Pahang, Isa Abdul Hamid dan Ahli Dewan Negara, Senator Muhammad Olian Abdullah.
Pada majlis itu, seramai 779 Orang Asli dari empat daerah berkenaan membabitkan 12 kampung termasuk Kampung Ulu Jemol, Paya Taman, Merbau, Embus, Paya Besar, Sungai Leleh, Paya Mengkuang, Paya Sendayan, Pasu, Bongkok, Sungai Tuang dan Sungai Bangkong menerima bonus dan dividen berjumlah RM1.991 juta.
Dato’ Haji Mohd Sani berkata, pihaknya juga sedang merancang kaedah berkesan, termasuk menggalakkan Orang Asli menubuhkan koperasi untuk menguruskan ladang mereka bagi meningkatkan lagi pengeluaran dan produktiviti, sekali gus meraih keuntungan lebih besar dan merancakkan pertumbuhan ekonomi masyarakat itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Powered by Blogger.







