PAGE-PAGE YANG ADA DI BLOK AKU SALINA :

Friday, November 16, 2012

EKSESAIS PENGAMBILAN JAWATAN KONSTABEL ORANG ASLI (LELAKI) TAHUN 2012:

Eksesais pengambilan jawatan Konstabel Orang Asli akan diadakan secara terbuka mulai 18 November 2012 sehingga 6 Disember 2012 di tempat-tempat seperti berikut:

1.Kontinjen Perak
- 19/11/2012 hingga 22/11/2012 di Batalion.3 Bidor
- 26/11/2012 hingga 28/11/2012 di IPD Batu Gajah
- 03/12/2012 hingga 04/12/2012 di Pusat Transit Kesihatan Orang
Asli Sg. Siput (U)
- 06/12/2012 di Batalion.18 (PGA) Pengkalan Hulu

2.Kontinjen Selangor
- 19/11/2012 hingga 20/11/2012 di Ibu Pejabat JAKOA Darul
Ehsan Shah Alam

3.Kontinjen Negeri Sembilan
- 22/11/2012 hingga 26/11/2012 di Risda Seremban

4.Kontinjen Johor
- 28/11/2012 hingga 03/12/2012 di Pusat Latihan JAKOA Kluang

5.Kontinjen Kelantan
- 19/11/2012 hingga 22/11/2012 di IPD Gua Musang

6.Kontinjen Pahang
- 26/11/2012 hingga 29/11/2012 di Pusat Dakwah Kuala Lipis
- 03/12/2012 hingga 06/12/2012 di Pejabat JAKOA Kuantan


Syarat-syarat kelayakan permohonan mengikut pekeliling perkhidmatan bilangan 24 tahun 2007 seperti berikut:-

a).Warganegara Malaysia yang berasal dari kaum Orang Asli (mengikut tafsiran Akta Orang-Orang Asli 1974);
b).Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh permohonan.

c).Kelayakan Akademik:
i).Lulus Penilaian Menengah Rendah /Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Mendapat sekurang-kurangnya peringkat ‘D’ dalam 5 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan Matematik);
DAN
ii). Kepujian dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

d). Kelayakan Fizikal:
Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-
i). Tinggi sekurang-kurangnya 1.52m tanpa bersepatu.
ii). Berat badan sekurang-kurang 47.6kg
iii). Ukuran lilitan dada biasa 81cm (normal) dan semasa menarik nafas 86cm (lelaki sahaja).
iv). Lulus Ujian Penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa mengguna alat bantuan.
v). Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
DAN
vi). Diakui sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan termasuk pemeriksaan X-ray.

Calon-calon yang berminat boleh menghubungi/ mendapatkan maklumat di pejabat-pejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA) yang berdekatan atau hubungi Unit Pengambilan PDRM di 03-2266 8346/43.

Sila bawa bersama perkara-perkara seperti berikut semasa menghadiri temu duga :-

a).Sijil asal / salinan akademik, kad pengenalan calon,ibu dan bapa, sijil lahir calon,ibu dan bapa );
b).4 keping gambar berukuran passport ;
c).Alat tulis / seluar pendek ;
d).Berpakaian kemas (berkemeja / berseluar slack / panjang) semasa menghadiri temu duga

Monday, February 20, 2012

Semelai Communities at Tasek Bera



                                        ..:::: Klik disini untuk beli ::::..

 Terima kasih kepada Budak Jahat Azarizan atas perkongsian maklumat anda
                                                     ^_^

Saturday, February 18, 2012

Gembira dapat rumah baru

Oleh MOHAMMAD DZULHISHAM CHE HASSIM
utusanmelaka@utusan.com.my

ALOR GAJAH 29 Jan. - Tiada yang lebih menggembirakan bagi sembilan keluarga Orang Asli di Kampung Bukit Payung, di sini apabila rumah usang yang didiami mereka sebelum ini berubah wajah dan menjadi lebih selesa dalam tempoh yang singkat iaitu 104 hari sahaja melalui Program Bantuan Rumah (PBR).

Orang Asli dari suku kaum Temuan ini juga bukan sahaja dapat menikmati rumah tiga bilik, malah turut dilengkapi dengan bekalan elektrik dan air.

 Seorang penduduk, Tipah Bata, 39, berterima kasih kepada kerajaan, khususnya Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) serta pelaksana projek berkenaan iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana memberi perhatian terhadap kebajikan Orang Asli.

"Terima kasih banyak-banyak kepada agensi terlibat terutamanya kepada ATM yang bertungkus-lumus membina rumah saya ini, besar, selesa dan lengkap dengan kemudahan asas," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui selepas majlis penyerahan kunci rumah PBR di Kampung Bukit Payung, Taboh Naning, di sini, semalam.

Bujen Sulak, 71, pula menganggap pemberian rumah PBR ini menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap masyarakat Orang Asli dan juga membuktikan bahawa mereka juga mempunyai hak untuk menikmati kesenangan dan kemudahan seperti kaum-kaum lain.

"Ini menunjukkan masyarakat Orang Asli tidak pernah disisihkan dan kerajaan sentiasa memberikan perhatian terhadap kebajikan Orang Asli terutamanya dari segi kualiti hidup, pendidikan dan kesihatan," katanya.

Sementara itu, Chaching Sulak, 61, berkata, dengan adanya rumah PBR itu, dapat memberikan keselesaan kepada anak-anak untuk belajar dan mengulangkaji pelajaran.

"Saya begitu terharu apabila dipilih sebagai salah seorang penerima rumah PBR dan lepas ini anak-anak dapat belajar dengan sempurna dan kehidupan kami sekeluarga juga bertambah selesa," katanya.

Sumber : Utusan Malaysia Online
Tarikh : 29 Januari 2012 

Ladang kayu gaharu, rotan untuk Orang Asli Kelantan

GUA MUSANG 24 Jan. - Lebih 7,000 penduduk Orang Asli khususnya di sekitar Gua Musang akan menerima pendapatan lumayan apabila terbabit dengan projek ladang kayu gaharu dan rotan tidak lama lagi.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, setiap mereka akan diberi saham dalam projek itu menerusi penubuhan koperasi.

"Walaupun projek itu masih dalam cadangan, tetapi kerajaan sedang proses untuk meluluskan peruntukan untuk dilaksanakan di kawasan yang sudah dikenal pasti sesuai untuk tujuan berkenaan.

 "Masalah tanah tidak timbul kerana saya sudah berbincang dengan kepimpinan kerajaan negeri dan sedia meluluskan mengikut keluasan yang dipohon,” katanya pada majlis Mesra Bersama Penduduk Orang Asli di Dewan Jubli Perak di Kuala Betis, di sini, hari ini.

Hadir sama pada majlis itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mat Yusoff Ab. Ghani; ADUN Galas, Ab Aziz Yusof dan Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Kelantan dan Terengganu, Faridah Mat.

Sumber : Utusan Malaysia Online
Tarikh : 24 Januari 2012

Friday, February 10, 2012

Orang asli must change their way of life

Klik Disini http://www.freemalaysiatoday.com/2012/02/03/orang-asli-must-change-their-way-of-life/

Powered by Blogger.