Sila whatssup atau komen untuk keterangan lanjut dan tempahan.
PAGE-PAGE YANG ADA DI BLOK AKU SALINA :
Saturday, July 12, 2014
Friday, November 16, 2012
Posted by
Aku Salina
at
3:08 PM
EKSESAIS PENGAMBILAN JAWATAN KONSTABEL ORANG ASLI (LELAKI) TAHUN 2012:
Eksesais pengambilan jawatan Konstabel Orang Asli akan diadakan secara terbuka mulai 18 November 2012 sehingga 6 Disember 2012 di tempat-tempat seperti berikut:
1.Kontinjen Perak
Eksesais pengambilan jawatan Konstabel Orang Asli akan diadakan secara terbuka mulai 18 November 2012 sehingga 6 Disember 2012 di tempat-tempat seperti berikut:
1.Kontinjen Perak
- 19/11/2012 hingga 22/11/2012 di Batalion.3 Bidor
- 26/11/2012 hingga 28/11/2012 di IPD Batu Gajah
- 03/12/2012 hingga 04/12/2012 di Pusat Transit Kesihatan Orang
Asli Sg. Siput (U)
- 06/12/2012 di Batalion.18 (PGA) Pengkalan Hulu
2.Kontinjen Selangor
- 19/11/2012 hingga 20/11/2012 di Ibu Pejabat JAKOA Darul
Ehsan Shah Alam
3.Kontinjen Negeri Sembilan
- 22/11/2012 hingga 26/11/2012 di Risda Seremban
4.Kontinjen Johor
- 28/11/2012 hingga 03/12/2012 di Pusat Latihan JAKOA Kluang
5.Kontinjen Kelantan
- 19/11/2012 hingga 22/11/2012 di IPD Gua Musang
6.Kontinjen Pahang
- 26/11/2012 hingga 29/11/2012 di Pusat Dakwah Kuala Lipis
- 03/12/2012 hingga 06/12/2012 di Pejabat JAKOA Kuantan
Syarat-syarat kelayakan permohonan mengikut pekeliling perkhidmatan bilangan 24 tahun 2007 seperti berikut:-
a).Warganegara Malaysia yang berasal dari kaum Orang Asli (mengikut tafsiran Akta Orang-Orang Asli 1974);
b).Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh permohonan.
c).Kelayakan Akademik:
i).Lulus Penilaian Menengah Rendah /Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Mendapat sekurang-kurangnya peringkat ‘D’ dalam 5 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan Matematik);
DAN
ii). Kepujian dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
d). Kelayakan Fizikal:
Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-
i). Tinggi sekurang-kurangnya 1.52m tanpa bersepatu.
ii). Berat badan sekurang-kurang 47.6kg
iii). Ukuran lilitan dada biasa 81cm (normal) dan semasa menarik nafas 86cm (lelaki sahaja).
iv). Lulus Ujian Penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa mengguna alat bantuan.
v). Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
DAN
vi). Diakui sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan termasuk pemeriksaan X-ray.
Calon-calon yang berminat boleh menghubungi/ mendapatkan maklumat di pejabat-pejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA) yang berdekatan atau hubungi Unit Pengambilan PDRM di 03-2266 8346/43.
Sila bawa bersama perkara-perkara seperti berikut semasa menghadiri temu duga :-
a).Sijil asal / salinan akademik, kad pengenalan calon,ibu dan bapa, sijil lahir calon,ibu dan bapa );
b).4 keping gambar berukuran passport ;
c).Alat tulis / seluar pendek ;
d).Berpakaian kemas (berkemeja / berseluar slack / panjang) semasa menghadiri temu duga

Monday, February 20, 2012
Semelai Communities at Tasek Bera
Posted by Aku Salina at 10:25 AM..:::: Klik disini untuk beli ::::..
Terima kasih kepada Budak Jahat Azarizan atas perkongsian maklumat anda
^_^
Saturday, February 18, 2012
Gembira dapat rumah baru
Posted by Aku Salina at 1:17 PMOleh MOHAMMAD DZULHISHAM CHE HASSIM
utusanmelaka@utusan.com.my
ALOR GAJAH 29 Jan. - Tiada yang lebih menggembirakan bagi sembilan
keluarga Orang Asli di Kampung Bukit Payung, di sini apabila rumah usang
yang didiami mereka sebelum ini berubah wajah dan menjadi lebih selesa
dalam tempoh yang singkat iaitu 104 hari sahaja melalui Program Bantuan
Rumah (PBR).
Orang Asli dari suku kaum Temuan ini juga bukan sahaja dapat menikmati
rumah tiga bilik, malah turut dilengkapi dengan bekalan elektrik dan
air.
Seorang penduduk, Tipah Bata, 39, berterima kasih kepada kerajaan,
khususnya Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Jabatan
Kemajuan Orang Asli (JAKOA) serta pelaksana projek berkenaan iaitu
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana memberi perhatian terhadap
kebajikan Orang Asli.
"Terima kasih banyak-banyak kepada agensi terlibat terutamanya kepada
ATM yang bertungkus-lumus membina rumah saya ini, besar, selesa dan
lengkap dengan kemudahan asas," katanya kepada Utusan Malaysia ketika
ditemui selepas majlis penyerahan kunci rumah PBR di Kampung Bukit
Payung, Taboh Naning, di sini, semalam.
Bujen Sulak, 71, pula menganggap pemberian rumah PBR ini menunjukkan
keprihatinan kerajaan terhadap masyarakat Orang Asli dan juga
membuktikan bahawa mereka juga mempunyai hak untuk menikmati kesenangan
dan kemudahan seperti kaum-kaum lain.
"Ini menunjukkan masyarakat Orang Asli tidak pernah disisihkan dan
kerajaan sentiasa memberikan perhatian terhadap kebajikan Orang Asli
terutamanya dari segi kualiti hidup, pendidikan dan kesihatan," katanya.
Sementara itu, Chaching Sulak, 61, berkata, dengan adanya rumah PBR itu,
dapat memberikan keselesaan kepada anak-anak untuk belajar dan
mengulangkaji pelajaran.
"Saya begitu terharu apabila dipilih sebagai salah seorang penerima
rumah PBR dan lepas ini anak-anak dapat belajar dengan sempurna dan
kehidupan kami sekeluarga juga bertambah selesa," katanya.
Sumber : Utusan Malaysia Online
Tarikh : 29 Januari 2012
Tarikh : 29 Januari 2012
Ladang kayu gaharu, rotan untuk Orang Asli Kelantan
Posted by Aku Salina at 1:16 PM
GUA MUSANG 24 Jan. - Lebih 7,000 penduduk Orang Asli khususnya di
sekitar Gua Musang akan menerima pendapatan lumayan apabila terbabit
dengan projek ladang kayu gaharu dan rotan tidak lama lagi.
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, setiap mereka
akan diberi saham dalam projek itu menerusi penubuhan koperasi.
"Walaupun projek itu masih dalam cadangan, tetapi kerajaan sedang proses
untuk meluluskan peruntukan untuk dilaksanakan di kawasan yang sudah
dikenal pasti sesuai untuk tujuan berkenaan.
"Masalah tanah tidak timbul kerana saya sudah berbincang dengan
kepimpinan kerajaan negeri dan sedia meluluskan mengikut keluasan yang
dipohon,” katanya pada majlis Mesra Bersama Penduduk Orang Asli di Dewan
Jubli Perak di Kuala Betis, di sini, hari ini.
Hadir sama pada majlis itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri,
Mat Yusoff Ab. Ghani; ADUN Galas, Ab Aziz Yusof dan Pengarah Jabatan
Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Kelantan dan Terengganu, Faridah Mat.
Sumber : Utusan Malaysia Online
Tarikh : 24 Januari 2012
Tarikh : 24 Januari 2012
Friday, February 10, 2012
Saturday, December 3, 2011
Tawaran Melanjutkan Pengajian Ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) Luar Negara Tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) Bagi Pelajar Cemerlang Orang Asli
Posted by Aku Salina at 4:13 PMThursday, October 20, 2011
Tuesday, October 18, 2011
Monday, October 17, 2011
Pemberian Komputer Riba Kepada Pelajar Orang Asli
Posted by Aku Salina at 7:00 PMTerima kasih kepada JAKOA diatas pemberian komputer riba kepada pelajar-pelajar Orang Asli yang mendapat pointer 3.0 dan ke atas. Pemberian ini diberi hanya sekali seumur hidup. Kepada pelajar orang asli yang masih tidak menerima panggilan sekiranya mendapat pointer seperti yang dinyatakan daripada pihak JAKOA sila hubungi ibu pejabat mereka. Kepada pelajar-pelajar orang asli yang masih belum mencapai percapaian yang sepatutnya diharap anda belajar bersungguh-sungguh dan peroleh kejayaan yang cemerlang. Maklumat lanjut sila hubungi pihak JAKOA. Sila berhubung dengan Puan Umi Kalsom.
Terima Kasih.
|
Subscribe to:
Posts (Atom)
Powered by Blogger.